<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "000000"; google_color_bg = "000000"; google_color_link = "CD6958"; google_color_url = "CD6958"; google_color_text = "CD6958"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> SELAMAT DATANG KE TERATAK RINDU





SELAMAT DATANG KE TERATAK FELISHA















HAI SAYA FELISHA..SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA KAWAN KAWAN YANG SUDI MELAWAT WEBLOG SAYA INI BAGI KAWAN KAWAN YANG ADA KOMEN DAN PANDANGAN SUDI SUDIKAN JANGAN MALU MALU ATAU SEGAN OK


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

poker room

rss feed



Saturday, March 04, 2006
Aku Anak Derhaka

Aku Anak DerhakaKu ingat waktu ku tatapi wajah manis ku di muka cermin, aku kelihatan begitu cantik sekali. kini aku hampa kerana aku tak lagi secantik seperti dahulu.Kini aku sudah menjadi hodoh. muka ku di saruti parut yg kini meninggalkan kesan yg amat mendalam bagiku. Sekarang apakah yg patut aku lakukan? Muka ku dah tak seayu seperti dulu dan kini kakiku pulak kodong. Siapakah yang akan mengawaini ku? adakah aku akan diterima oleh masyarakat?



Ini semua berlaku atas kesilapanku....Aku selalunya mengikut kata nafsuku.Teman lelakiku sudah meninggalkan aku setelah mendapat berita bahawa kakiku sudah kodong dan aku sudah cacat. disebabkannya aku yang menderita. Aku tidak sanggup menangung duka ini keseorangan.Tolonglah aku.....

Semuanya berlaku pada malam itu. malam itu ibuku terasa amat berat hati melihatkan aku keluar rumah.Ibuku melarang aku tapi aku tidak mengendahkannya lalu menengkingnya sebelum keluar rumah. dengan pantas aku pergi berjumpa dengan teman lelaki ku yg sedang menanti dengan motorsikal.Aku dengar suara ibuku terpekik-pekik menahan ku. tanpa toleh melihatkan ibuku aku terus dibawa pergi.
malam itu ku beriak dan bergembira sepanjang malam.Aku rasa teramat gembira sepanjang malam.Aku rasa teramat gembira sekali. Pada pukul tiga pagi, temanku menghantarku pulang dengan menaiki motorsikal.

Dipersimpangan jalan aku terlihat ada kereta dihadapanku .tapi motor yg dipandu temanku dengan laju tidak boleh dikawal. Dengan sekelip mata motor ku berlanggar dengan kereta itu.aku terhempas jauh dan tak sedarkan diri.

Sebaik sahaja ku sedar aku lihat aku sudah berada di hospital. ku cuba bangun tapi taidak berdaya. tiba2 ku rasa pehaku dan dapati kakiku sudah tiada. aku meraun seperti budak kecil.ku raba muka ku dan dapat merasakan parut yg besar memenuhi muka ku. hati ku hancur . tiba2 kulihat adikku datang kepada ku. ku cuba mencari ibuku tapi tidak kelihatan bayangnya. aku bertanyakan kepada adikku dia terus menangis dan berkata bahwa ibuku sudah mati dalm nahas jalan raya. kereta yg di pandu ibuku sudah bertembung dengan sebuah motorsikal.

Aku cuba ingat peristiwa itu . aku lah yg telah membunuh ibuku sendiri. apa yg telah aku lakukan.aku telah membunuh ibuku sendiri pada hari jadinya sendiri.kini apa yg sudah berlaku tak akan berpatah balik.

aku mula menyesal kerana menderhaka kepada ibuku. kumula sedar bahwa selama ini aku tidak mendenagr kata2nya. selama ini aku tidak pernah mohon ampun darinya.
adakah aku anak derhaka? adakah org macam aku dapat diterima oleh masyarakat?

Posted at Saturday, March 04, 2006 by felisha
Make a comment  

Cinta.com.rindu.my

Seorang gadis turun daripada teksi. Baju kurung kuningnya yang agak enyuk dihenyak punggungnya ketika duduk tadi di tepis-tepis dengan tangan. Selendang hitam yang melingkari kepalanya turut dirapikan. Bunga mawar merah di tangannya dipegang erat. Dia terus melangkah maju ke pintu hospital. Pintu kaca automatik itu terbuka sendiri apabila gadis itu tiba di hadapannya.

Seorang jururawat tersenyum mesra padanya. Gadis itu membalas senyuman. Dia meneruskan langkahnya menuju ke lif.

Pintu lif itu terbuka. Tiada sesiapa di dalamnya. Gadis itu masuk ke dalamnya. Butang lima ditekan dan pintu lif itu tertutup semula membawa gadis itu ke destinasinya.

Shida keluar dari perut teksi dan terus bergegas melangkah laju ke bangunan tinggi di seberang jalan. Matanya sempat melirik jam tangan Omega berwarna perak yang melingkari pergelangan tangan kirinya.

Alamak! Dah pukul 9.15 pagi! Mampus aku. Lambat pula aku hari ini. Pagi tadi Lina kejutkan tak mahu bangun. Ikutkan sangat nafsu tidur sampai lupa yang aku ni kerja di Kuala Lumpur, bandar paling sesak di abad ini… agaknya lah. Jalan raya sesak sana sini. Sudahnya, diri sendiri yang terperangkap dalam traffic jam. Teksi yang boleh lari laju pun terpaksa jalan macam siput terseliuh. Shida terus mengomel di dalam hati.

Shida kini berada di hadapan bangunan pejabatnya. Pantas Shida menarik kad perakam waktu miliknya dan terus mem ‘punch card’. Yang nyata waktu tiba Shida dirakamkan dalam warna merah.

Alahai. Dah terang-terangan lambat. Eh mati aku. Shida menepuk dahi. Hari ini boss baru nak datang. Hish! Hari pertama aku dah buat hal. Tak fasal-fasal first impression aku dah buruk. Tentu kena black list. Macam manalah nak minta naik gaji. Tak apalah nanti bodeklah sikit. Aku kan lawa… heh heh heh. Shida terus cuba menyedapkan hati.

"Lambat hari ni Cik Sidah!" Shida yang masih lagi mengelamun di mesin perakam waktu itu tersentak. Beg tangan yang dipegangnya terlepas dari tangannya. Segala isinya berterabur di atas lantai marmar kerana beg tangan itu tidak dikancingkan. Segera Shida melutut dan terus mengutip segala harta-bendanya yang bertaburan itu. Sambil itu kepalanya mendongak melihat orang yang menyergahnya tadi.

Celaka punya Pak Wahab, maki Shida di dalam hati. Pengawal keselamatan pejabatnya itu hanya tersengih-sengih gatal menampakkan gigi kapaknya yang kuning keemasan itu. Orang tua itu langsung tidak menunjukkan reaksi ingin membantu Shida yang kelang kabut itu. Shida hanya membisu. Cuma mulutnya sahaja yang

memuncung pancang mempamerkan rasa tidak puas hatinya itu. Pak Wahab hanya ketawa kecil melihat kekalutan Shida mengemaskan barang-barangnya.

Eii geramnya aku! Kau pun satu Shida. Semua benda nak disumbat dalam hand bag. Daripada panadol, sikat, tisu, bateri, sampaikan ke paku tekan dan pengasah pensil semuanya ada dalam beg tangan. Kalau boleh satu rumah nak dimasukkan dalam hand bag. Kalau ada laki pun simpan dalam hand bag juga. Sudahnya sendiri yang susah. Baru padan dengan muka kau Shida. Shida memarahi diri sendiri. Pak Wahab ni pun satu dah nampak anak dara lawa ni kelam kabut, dia boleh bantai gelak pula. Cis, cis dan cis cisss lagi.

Segala barang yang jatuh telah selesai dikutip. Hampir 10 minit tergadai di situ. Shida terus bangkit dan menyiku rusuk Pak Wahab menyebabkan orang tua itu melolong kesakitan. Hah padan muka. Jangan main-main. Aku ada silat sendeng tau.

Pak Wahab menunjukkan reaksi hendak membalas. Dengan langkah selaju mungkin Shida melangkah ke lif dan……… betul lah kata orang tua-tua malang tak berbau. Itulah padahnya memakai kasut tumit tinggi yang sempit dan kurang selesa. Cuma nak lawa sahaja. Shida tersembam jatuh di hadapan pintu lif. Dia hanya mampu menjerit kecil. Pak Wahab terus menyambung tawanya.

Cermin matanya tercampak ke hadapan ketika jatuh tadi. Belum sempat Shida bangun dan mengawal diri, pintu lif terbuka. Seorang pemuda berkaca mata hitam dan berpakaian kemas lengkap bertali leher berdiri tegak di dalam lif. Shida tahu di sebalik ray ban hitam itu ada mata yang sedang merenung sinis gadis cantik yang sedang tertiarap di atas lantai di hadapannya. Cis sempat perasan lagi tu. Namun Shida tergamam bagai telah disihirkan menjadi patung kayu. Malu………

Tanpa sebarang reaksi kepada Shida, pemuda itu melangkah keluar dari lif. Tiba-tiba…. Prakkk!!! Kasut Dr Cardin hitamnya dengan selamba memijak cermin mata Shida. Bunyi pecahan itu menyentak Shida daripada alam patungnya. Segera dia bangun. Rambut yang jatuh di dahinya ditolak kasar ke belakang.

Dengan wajah tidak beremosi, pemuda itu terus melangkah pergi meninggalkan Shida yang masih terpinga-pinga menahan geram. Pemuda itu terus melangkah. Namun Shida tidak mati akal. Spontan cermin matanya yang telah pecah itu dicapainya.

"Setan!!" sambil menjerit nyaring, cermin mata yang hanya tinggal bingkai itu dicampakkan kepada pemuda itu dan tepat mengenai belakangnya. Belum sempat pemuda itu menoleh ke belakang, Shida telah hilang di sebalik pintu lif.

~~~~~~~~~~flash back~~~~~~~~~~

Shida memandang ke kiri. Sebuah istana yang cantik tersergam megah dihiasi pohon-pohon besar yang berbunga lebat. Musim bunga memang menjanjikan pemandangan yang sungguh mempersonakan untuk semua makhluk Tuhan. Pohon-pohon besar, pohon-pohon renek sehingga rumput-rumput yang melata mengeluarkan bunga-bungaan aneka warna yang sungguh cantik. Aromanya yang harum itu menyegarkan lagi udara yang dihirup.

Shida memanjat kudanya yang cantik itu. Gaun putih yang dipakainya itu diangkat sedikit. Kuda putihnya terus berlari merentasi padang hijau itu. Vail putih yang menghiasi rambutnya turut berombak-ombak mengikut rentak larian kudanya. Shida merasakan keriangan yang sebenar, menunggang kuda di padang rumput yang menghijau dengan gaun pengantin yang cantik seperti Julia Robert di Runaway Bride, bertemankan arnab-arnab comel, burung-burung yang menyanyi merdu sambil berterbangan riang serta rama-rama indah berkejar-kejaran di celah-celah bungaan indah.

Kuda putihnya berhenti di pinggir ikan anak sungai yang mengalir perlahan. Shida turun dari kudanya dan terus melangkah ke anak sungai itu. Terus dia melabuhkan punggungnya di ikan tunggul kayu sambil memerhatikan gelagat anak-anak ikan yang berwarna-warni bermain riang di dalam air yang jernih itu.

Bunyi seekor kuda menyentak Shida. Shida terus berpaling ke belakang. Seorang pemuda kacak berpakaian serba putih memacu kuda coklatnya menghampiri Shida. Shida tersipu malu. Pemuda itu turun dari kudanya dan melangkah ke arah Shida. Shida terasa seperti berada di alam kayangan. Malu-malu Shida memalingkan wajahnya. Shida semakin tidak keruan. Dadanya berdebar-bedar kencang.

Pemuda itu kini berada di sebelahnya. Dia duduk di sebelah Shida sambil meraih tangan Shida. Tangan Shida dikucup mesra. Shida hanya tersipu-sipu malu. Shida merasakan dialah gadis yang paling bahagia di dunia.

Pemuda kacak itu merapatkan bibirnya ke telinga Shida seolah-olah mahu membisikkan sesuatu. Hati Shida mengharapkan agar pemuda itu membisikkan perkataan I love you ke telinganya. Namun pemuda itu tiba-tiba menjerit….

"Woiiii!!!!!"

Khairil dan Zainal menahan ketawa melihat gelagat Shida yang begitu melucukan. Aii tidur siang pun boleh mengigau ke?? Apalah agaknya yang dimimpikan dek minah brutal seekor ni sampai begitu asyik tersenyum dan terkikih-kikih ketawa.

"Zainal, aku dah tak tahan nak gelak ni. Kau kejutkanlah dia tu. Kesian pula aku tengok si Shida tu." Khairil bersuara separuh berbisik sambil menekan perut menahan tawa.

"Relax la Khairil. Tengah syok ni." Zainal membandah. Dia begitu terhibur melihat gelagai Shida melayan mimpinya itu.

"Kejutkanlah dia Zainal oii…"

"Yelah! Kita sergah dia sama-sama…………"

"Woiii!!!!"

Shida tersentak dan terus membuka matanya. Tiada lagi padang yang menghijau, tiada lagi sungai yang jernih, tiada lagi gaun putihnya, tiada lagi pemuda kacak yang menemaninya. Yang ada hanyalah kehingaran kelas yang menggantikan ketenangan musim bunga, meja dan kerusi kelas yang menggantikan padang dan sungai, baju kurung putih berkain biru menggantikan gaun putihnya dan wajah 2 ekor beruk yang hanya layak menggantikan kudanya dan kuda pemuda tampan tadi. Dua ekor beruk itu begitu seronok mengetawakannya.

Alamak! Aku tertidur ke? Shida membetulkan duduknya. Di tangannya, sebuah novel inggeris masih lagi terbuka tanpa dibaca kerana pembacanya terlelap. Tak guna betul.

"Sampai ke mana awak mengembara cik Shida oii?" dalam tawa yang masih belum ada tanda untuk berhenti itu Zainal bertanya.

"Kamu mimpi cium putera katak ke Shida?" Khairil menyambung lagi. Tawa mereka terus bersambungan.

Shida mendengus menahan marah. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Semua penghuni kelas 4c sedang sibuk dengan urusan masing-masing.

Ketawa Zainal dan Khairil berjaya menarik perhatian penghuni kelas yang lain. Masing-masing menoleh ke arah mereka. Tak kurang juga yang melangkah menghampiri mereka.

"Kenapa ketawa ala-ala pontianak ni Ril? " Kamil bertanya.

"Kau nak tahu Kamil, awek brutal kita mengigau." Khairil memberitahu Kamil.

"Kelas kau Shida. Mengigau dalam kelas lagi." Kamil turut bersama-sama ketawa.

"Hoi Khairil! Kau nak gaduh dengan aku ke hah!?" Shida bangun dan menyinsing lengan.

"Alamak! Awek brutal mengamuk lah. Cepat selamatkan dirrr……."belum sempat Khairil menghabiskan ayatnya, buku tebal di tangan Shida terlebih dahulu menjamah kepalanya. Terus sahaja Khairil menaduh panjang.

"Padan muka!" Shida mencebik dan segera melangkah keluar dari kelas, bimbang Khairil bertindak balas atas pukulannya tadi. Dia menoleh ke belakang melihat Khairil mengusap-usap kepalanya dan kemudiannya memandang ke hadapan semula.

"Arrrggghhh!!!" Shida menjerit. Dia telah terempuh Puan Rozi janda yang sedang melangkah memasuki kelas. Buku-buku latihan yang dibawanya turut sama terpelanting dan bertaburan di koridor. Nasib baik kelas mereka di tingkat tiga. Jika tidak pasti ada buku-buku yang menyerap air longkang.

"Awak tak ada mata ke?" Puan Rozi menjerkah Shida sambil membetulkan kedudukan cermin mata berbingkai keemasannya. Kemudian dia bangun dan menepuk-nepuk kebaya pendek birunya.

"Sorry… cikgu …" tergagap-gagap Shida memohon ampun. Spontan dia tunduk dan mengutip buku buku latihan yang bertaburan itu.

"Kutip dan bawa semuanya ke kelas!" Puan Rozi memberi arahan. Shida hanya mengangguk. Rasa meluat mula timbul dihatinya. Alah. Dah janda tu perasan glamour pulak. Dah tua-tua pakai baju ketat-ketat. Rambut pulak mengalahkan pontianak. Garang macam singa gila je… Shida terus membebel di dalam hati.

"Shida! Apa lagi awak mengelamun kat luar tu. Cepat masuk. Saya nak mula mengajar ni." Laungan Puan Rozi yang persis ngauman singa itu membuatkan Shida terkocoh-kocoh berlari masuk ke kelas.
Shida mengelamun seorang diri di tepi padang sekolah. Matanya meliar melihat pasukan bola jaring sekolahnya mengadakan sessi latihan. Dia rasa agak bosan kerana tiada apa-apa yang perlu dilakukannya petang itu.

"Hai Shida. Mengelamun jauh nampak?" tegur Zalina sambil menghulurkan tin coke yang dipegangnya.

"Oh kau Lina. Hmmm thanks." Shida menyambut huluran coke itu.

Shida dan Zalina adalah dua sahabat yang amat akrab. Mereka saling memahami antara satu sama lain. Jarang sekali mereka bermasam muka. Kalau adapun sedikit perselisihan faham, ianya hanya kekal untuk sepetang atau semalam sahaja. Namun memahami jiwa Shida merupakan satu cabaran yang begitu mencabar buat diri Zalina. Ini adalah kerana Shida merupakan gadis yang sukar untuk diduga lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mengenalinya.

Shida merupakan seorang pelajar perempuan yang agak lasak. Tidak hairanlah jika dia mendapat jolokan awek brutal di kalangan rakan sekolahnya. Wajah dan potongan badannya memang boleh dikatakan sempurna dan cantik tetapi jangan haraplah untuk melihat Shida bersolek atau melawa. Namun Shida bukan gadis tomboy atau pengkit. Rambutnya yang panjang separas bahu itu hanya diikat ekor kuda, lengan baju sekolahnya sentiasa digulung sehingga hampir ke siku dan kain sekolahnya dibiarkan labuh menyapu lantai.

Bukannya Shida tidak mempunyai peminat tersendiri, tetapi tiada lelaki yang berani merapatinya apatah lagi cuba memikatnya. Sifatnya yang kasar dan ‘brutal’ menghalangnya daripada dirapati oleh lelaki. Lagipun Shida bukanlah jenis gadis yang jiwa-jiwa serta jiwang karat. Shida barangkali tidak memerlukan lelaki untuk hidup. Dia sendiri dibesarkan tanpa kehadiran seorang ayah.

Namun Shida adalah seorang gadis yang baik. Tidak pernah dia menyakiti hati guru-guru dan sahabat-sahabatnya. Malah Shida akan membantu dan melindungi rakan-rakannya. Pernah sekali Shida bergaduh dengan seorang pemuda liar yang cuba mengganggu Zalina sehinggakan Shida mendapat luka di kepala akibat ditolak pemuda itu.

Shida juga merupakan jaguh dalam sukan. Shida adalah pelari pecut sekolahnya dan pernah menyandang gelaran olahragawati sekolah di tingkatan 3 dahulu. Dia juga hebat dalam sukan hoki dan menjadi ketua pasukan hoki wanita. Pencapaiannya dalam akademik juga agak memuaskan.

Shida disukai rakan-rakannya walaupun dia agak kasar. Ke ‘brutal’annya itu tidak pernah menyusahkan orang lain. Oleh itu Shida tidak pernah mempunyai musuh… kecuali Anuar, pelajar yang baru mendaftar di sekolahnya minggu lepas. Semua ini bermula pada petang Selasa yang lalu.

"Haus betul aku Zalina. Penat betul tadi kan. Shida berkata riang kepada Zalina. Kayu hoki yang dipegangnya itu disandangkan ke bahu. Mereka baru sahaja menamatkan perlawanan hoki persahabatan dengan sebuah sekolah jiran. Sekolah mereka berjaya menewaskan pasukan lawan dengan 5 jaringan berbalas 1.

"Aku tahulah yang kau tu penat. Ya lah kan. Kau score 3 gol tadi." Zalina mencebik, menyampah pada kehebatan Shida di padang tadi.

"Yalah tu. Jomlah ke kantin. Aku belanja kau minum. Kau kan score sebiji tadi. Cantik pula tu." Shida menarik tangan Zalina kekantin.

Pelajar-pelajar lain, mungkin baru sahaja selesai menonton perlawanan hoki tadi juga berpusu-pusu ke kantin. Hendak tak hendak, Shida terpaksa berbaris di belakang mereka.

Hampir 10 minit dalam penantian, akhirnya giliran Shida pun tiba. Sambil tersenyum Shida membuat pesanan minuman

"Akak the ais dua."

"Sorrylah dik. Teh ais dah habis." Kakak kantin itu menjawab. Selalunya air bancuhan sebegitu tidak lagi disediakan di waktu petang sebegini.

"Tak apalah kak, bagi milo ais dua."kakak kantin itu hilang ke dapur. Kemudian dia muncul kembali menatang dua gelas air berwarna putih. Eh! Takkan milo colour putih kot??

"Milo pun dah habis. Horliks adalah." Kakak kantin itu tersengih. Shida mengambil tanpa banyak bicara. Apalah punya kantin. Minta milo dapat horliks. Horliks pun horliks lah. Shida membayar dan terus berlalu dari kaunter.

Tiba-tiba Shida terasa ada tangan yang memegang bahunya dan menariknya ke belakang. Tarikan itu menyebabkan air yang ditatangnya terlepas dan membasahi track bottomnya. Shida memandang ke belakang, mahu melihat siapa yang begitu kurang asam menariknya tadi. Seorang pelajar lelaki yang kelihatan innocent sedang menggaru-garu kepalanya.

Mulanya Shida berniat untuk memaafkannya. Pada fikirannya budak lelaki itu tidak sengaja. Tetapi apabila Shida memandang budak lelaki itu semula, budak lelaki itu sedang tersengih-sengih seperti kerang yang hampir mampus sambil mengenyitkan matanya kepada Shida. Tahulah Shida yang budak lelaki itu seronok di atas perbuatannya.

Kalau bukan kerana Zalina menariknya lekas-lekas selepas peristiwa hitam bercampur kelabu itu tentu sahaja Shida sudah memaki hamun budak lelaki itu. Malah kebarangkalian bahawa budak lelaki itu menerima celak mata free akibat penumbuk Shida juga besar. Budak lelaki itu terus berlari pergi tetapi sempat menjelirkan lidahnya pada Shida

"Setan! Puaka dajal!" Shida menjerit sekuat hati.

"Sudahlah tu Shida. Dia dah pergi pun." Zalina memujuk.

"Tak guna punya budak. Kau kenal siapa budak tu Lina? Geram betul aku."

"Kalau kau nak tahu itulah Anuar, student baru sekolah kita. Handsome kan?" Zalina menjelaskan.

"Handsome kepala otak kau. Jomlah balik. Tak lalu aku nak minum. Shida terus meraih beg galasnya dan berlalu pulang.

Bila diingat-ingat, memang Shida amat bengang dengan Anuar ekoran peristiwa itu. Memakai seluar yang basah sudah cukup untuk menarik perhatian mata-mata yang memandangnya. Sepanjang perjalanan pulang hari itu, Shida begitu malu orang menjeling seluarnya yang basah.

Perangnya dengan Anuar tidak hanya mati di situ sahaja. Setiap kali dia berselisih dengan Anuar, pasti Anuar akan memanggilnya dengan gelaran "awek horliks". Rasanya mahu sahaja dicekik-cekik leher budak Anuar itu. Tetapi entah kenapa setiap kali berhadapan dengan Anuar, Shida seolah-olah kehilangan kekuatan untuk membalas ejekannya. Barangkali buku sudah bertemu dengan ruas.

"Eii geram betul aku dengan si dajal besar tu!" luahnya kepada Zalina pada suatu hari. Sebentar tadi sekumpulan pelajar lelaki menyapanya dengan gelaran baru "awek horliks"nya itu. Shida begitu geram kerana gelaran itu telah tersebar ke segenap pelusuk sekolah.

"Benci betul aku dengan budak Anuar tu" Sambungnya lagi. Tangan kanannya menumbuk-numbuk tapak tangan kirinya.

"Kalau ye pun janganlah sampai benci. Nanti terjatuh cinta baru tahu." Zalina ketawa.

"Eii tak kuasa aku Lina oii..!"

Suasana kelas 4c tanpa guru masih seperti biasa. Penghuninya tetap berborak, memekak, tidur dan melakukan pelbagai aktiviti yang membuang masa walaupun berkali-kali ditegur oleh Julia si gila kuasa, penolong ketua kelas mereka.

"Hoi. Tak reti nak diam ke hah?" Julia memekik lagi. Namun tidak diendahkan oleh sesiapa. Memang seluruh kelas kurang menggemari Julia yang gila kuasa, kuat mengadu dan mengada-ngada itu.

Zainal, ketua kelas 4c asyik berbual dengan rakan baiknya Khairil. Kamil pula sibuk ke hulu-hilir bersama katalog Avonnya, membuat promosi dan memujuk pelajar-pelajar perempuan untuk membeli barangan Avon yang dijualnya. Shida hanya melepak di meja Zalina sambil berborak dan mengumpat. Hanya beberapa orang sahaja yang menghadap buku. Itupun sekadar buku cerita ataupun buku komik. Maklumlah, tingkatan 4 dianggap sebagai ‘honeymoon year’ oleh semua pelajar tingkatan empat di seluruh dunia.

"Shida!" Shida menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Kamil sedang tersengih-sengih memandangnya.

"Hah! Nak apa?" Shida bertanya.

"Ni lah yang aku nak story ni. Kau nak tahu, kempen Avon bulan ni kelas tau. Semua murah-murah. Sure kau berminat kan?" Kamil mula mempromosi. Zalina geli hati. Hai Kamil oii. Kau salah orang lah. Manalah minah tu nak pakai barang tu semua.

"Tak nak tahu dan tak berminat langsung." Shida menjawab ringkas.

"Eh Shida. Cubalah kau tengok dulu. Murah gila tau. Dia bagi less 30% lepas tu kalau ramai yang beli dapat lagi 20% diskaun. Orang perempuan macam kau kenalah pandai jaga body. Kalau tak nanti tak laku." Kamil mencucuk jarum.

"Tak payah lah Kamil. Aku tak minat. Lagipun aku ni kan dah lawa. Baik kau jual kat Julia tu. Dia tu tak cukup lawa." Serentak Shida dan Zalina ketawa. Kamil juga turut ketawa lucu.

Julia menoleh ke arah mereka, mungkin terdengar namanya disebut. Namun mereka bertiga tidak mengendahkannya.

"Takpelah. Kalau tak nak beli sudah." Kamil mencebik dan berlalu, kecewa kerana barangnya tidak dibeli. Sambil itu hatinya mengomel. Entah apalah si Shida tu. Bukannya reti nak berbedak. Apa lagi pakai perfume, krim atau losyen. Aku yang lelaki pun pakai. Namun dia akui yang Shida sudah sedia jelita walaupun tanpa penjagaan yang rapi. Kulit mukanya licin tanpa jerawat dan rambutnya bermaya dan sihat. Shida sebenarnya lebih cantik daripada Julia yang kononnya anak kacukan itu.

"Bangun." Suara Julia bergema, mengatasi segala kehingaran yang ada. Maklumlah, gila kuasa. Shida segera berlari ke tempatnya yang terletak di barisan belakang sekali.

Cik Liana Chong, guru sejarah merangkap guru kelas mereka melangkah masuk penuh bergaya. Beliau adalah guru yang paling seksi di sekolah mereka. Pakaiannya seksi dan berjenama. Mengalahkan Posh Spice. Beg tangan hitam bersulam perkataan CLC, singkatan namanya itu diletakkan di atas meja.

"Selamat pagi cikgu!" bergema suara para pelajar memberi ucapan selamat. Cik Liana Chong menjawab sambil tersenyum seksi. Macam manalah pelajar lelaki boleh belajar dengan cikgu sebegini.

"Baiklah semua. Saya nak buat satu pengumuman. Kelas kita akan menerima seorang pelajar baru." Cik Liana Chong melemparkan pandangan ke seluruh kelas. Kemudian dia menyambung bicara.

"Beliau akan bertukar dari aliran perakaunan ke aliran sains. Namanya Mohd Anuar Shah." Tiba-tiba bumbung kelas runtuh menimpa kepala Shida. Berita terkini yang dibawa oleh Cik Liana Chong itu membuatkan jantungnya menari dangdut.

"Shida. Meja di sebelah awak tu kosong. So Anuar akan duduk di situ." Kali ini langit pula jatuh menimpa kepala Shida. Jantungnya pula kini menari agogo. Kata-kata gurunya itu ibarat hukuman gantung sampai mati buatnya.

Tolonglah selamatkan aku daripada si dajal tu. Macam mana aku nak lepaskan diri ni. Matilah aku kalau kena duduk sebelah dajal besar tu. Eii takutnya. Tapi nak buat macam mana. Dulu aku yang sibuk-sibuk nak duduk seorang. Zalina tu dah bahagia duduk sebelah buah hati dia si Amir tu. Habis tu nak suruh siapa duduk sebelah aku ni hah? Kamil. Ye Kamil. Budak tu orait juga. Aku lagi rela dengar mulut kamil tu membebel daripada duduk dengan si Anuar tu….. Shida terus merangka rancangan.

"Shida, sebutkan lapan ciri-ciri pembentukan tamadun. Saya mengajar di depan awak mengelamun di belakang." Shida terkejut. Cik Liana Chong menjengilkan mata padanya. Seisi kelas memandang kepadanya. Shida terus menggelabah. Dia langsung tidak menumpukan perhatian tadi. Buku teks sejarahnya diselak sehingga ke kulit belakang. Yang pasti Shida tidak mampu untuk menjawabnya.

***************
Seminggu berlalu dengan adanya Anuar, si dajal besar itu di kelas 4c. Nampaknya tiada apa yang tidak diingini berlaku. Shida tidak merasakan sebarang ancaman langsung daripada Anuar. Anuar masih belum lagi memulakan persengketaan. Keadaan tidaklah seburuk seperti yang disangkakannya.

Shida berjaya memujuk Kamil untuk duduk di sebelahnya. Terbang juga wangnya 30 ringgit. Kamil mengenakan syarat yang Shida mesti membeli satu barangan Avonnya. Terpaksalah Shida mengalah dan membeli satu botol perfume. Woman of the Earth gitu. Boleh bagi hadiah kat ummi. Asalkan dirinya tidak berada hampir dengan si dajal besar itu. Eii seram.

Anuar bijak menyesuaikan diri di kelas baru. Pelajar lelaki kelas 4c begitu gemar bergaul dengan Anuar. Ada sahaja yang boleh mereka bualkan. Pelajar perempuan apatah lagi. Suka benar bertegur sapa dengan Anuar. Yang paling ketara ialah Julia. Julia begitu jelas cuba merapati Anuar. Anuar… tolong saya hantar buku di bilik guru lah, Anuar… tolong suruh si dia tu sapu sampah lah, Anuar… tolong panggil cikgu lah, pendek kata ada sahaja alasan Julia untuk merapati Anuar.

Yalah kan. Siapa yang tak suka berdampingan dengan jejaka yang kononnya kacak itu (memang kacak pun). Mereka sering berbisik-bisik bahawa Anuar itu tampan, berpenampilan menarik, punyai tulang rahang yang kukuh yang kononnya lambang lelaki sejati. Pirah mabuk. Namun Shida langsung tidak berhasrat untuk bertegur sapa dengannya. Entah sampai bila. Mungkin selama-lamanya selagi anuar tidak meletakkan senjata.

Rupanya ketenangan yang dikecapi oleh Shida itu tidak kekal lama. Ketenangan itu hanya bertahan selama seminggu itu sahaja. Anuar telah merosakkan ketenangannya di hari pertama di minggu yang kedua.

"Zalina, kau ada nampak organizer aku tak?" Shida bersuara cemas. Organizer Ziana Fan Club kesayangannya tiada di dalam mejanya.

"Tak. Kau letak mana Shida?" Zalina bertanya.

"Dalam meja aku. Kau ambil ye Kamil?" Shida menuduh Kamil pula. Mamat lembut ni bukannya boleh percaya sangat.

"Eh. Tuduh aku pulak. Pergilah tanya budak berdua tu. Dalam kelas ini cuma dia orang sajalah yang rajin mengambil harta-benda orang. Kau nak tahu Shida, hari tu habis bekas pensel aku yang gambar Hello Kitty tu dikerjakan dek dia orang tu." Kamil memuncungkan mulutnya kepada Khairil dan Zainal. Sempat juga dia menceceh dalam keadaan tegang itu. Shida segera melangkah ke arah Khairil dan Zainal.

"Hoi!" Khairil dan Zainal yang sedang berbual itu tersentak.

"Apa ni Shida main sergah-sergah je. Nak apa?" Zainal bertanya geram.

"Korang ambil organizer aku kan?" Shida terus menuduh.

"Apa tuduh-tuduh ni. Kita orang ni metal lah Shida, tak mainlah Ziana Zain ni." Khairil membela diri.

"Pukul 10 balik rumah. Lepas tu terus telefon pakwe, ajak tengok wayang. Mak suruh pergi kedai beli gula satu kilo. " Satu suara yang cukup arlegi di telinganya terdengar oleh Shida. Shida segera menoleh ke belakang. Anuar sedang mengawang-awangkan organizer kesayangannya. Shida mengetap bibir, marah. Tanpa berlengah lagi Shida terus menerpa ke arahnya.

"Hoi dajal besar! Siapa mengajar kau ambil harta orang ni hah?" Shida terus menengking kuat. Seluruh kelas memandang ke arah mereka.

"Alah. Rilekslah dajal kecik. Bukan aku bawak balik pun." Jawab Anuar selamba. Aaa. Tengok tu dia panggil aku dajal kecik.

"Dajal besar tak guna! Kau ni memang saja je nak cari pasal dengan aku. Baiklah. Kalau kau dah mengidam sangat nak berperang dengan aku…. Mulai saat dan ketika ini aku istiharkan perang!!!" Shida menjerit, merampas organizernya dari tangan Anuar dan terus berlalu keluar dari kelas. Pandangan mata seluruh penghuni kelas itu menghantarnya keluar.

Kemana Harus Bawa diri Ku Ini.....
Kutuk Demi Kutuk Yang Dilimparkan....
Ku Hanya dapat Berdoa Suatu Hari Kelak Bahagia pasti menjelma....


--------------------

Kemana harus ku membawa diri yang luka ini?
Sepi Tanpa Berita Darimu....
Wahai Ibu Yang Ku Sayangi...
Ku Merindui Dirimu....

Posted at Saturday, March 04, 2006 by felisha
Comment (1)  

Suratan Semalam

Strike!!" jeritan Team Sempoi mengejutkan Shira dari lamunan. Bunyi jatuhan pin ball dan keriuhan pemain di pusat bowling itu sedikit pun tidak mengganggunya malah Shira bertambah leka menyaksikan permainan anjuran pejabat suaminya itu. Pandangannya terarah ke Amir. Dia juga kelihatan ceria menyorak kumpulannya. Bagai mengetahui Shira sedang memerhatikan, Amir menoleh ke arahnya. Pandangan mereka terkunci agak lama sebelum Amir mengangkat kening dan melemparkan senyuman kepada Shira. Senyumannya itulah yang pertama kali mengetuk pintu hati wanitanya. Lamunan Shira kembali melayang, kali ini jauh ke sepuluh tahun yang lalu.

"Kenalkan ini Shira dan Nadia, mereka baru mula hari ni" Jejaka itu menghulurkan tangannya sambil melemparkan senyuman. "Saya Amir," ulasnya masih tersenyum. Entah kenapa degup jantung Shira menjadi laju. Dia bagaikan terpaku di situ. Sebenarnya hatinya bukan mudah terusik dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Memang Shira tidak pernah berminat. Namun senyuman Amir bagai mencairkan hati batunya itu.

Hari pekerjaan bermula dengan ceria. Makumlah zaman remaja. Dalam usia begitu, bekerja di restoran makanan segera adalah sesuatu yang menyeronokkan. Shira menjadi cepat mesra dengan rakan kerja yang lain dan hubungan mereka menjadi amat akrab. Tetapi tidak begitu dengan Amir. Shira yang sejak hari pertama sudah tertarik dengannya jadi agak tertekan dengan kedinginan Amir. Yang menghairankan Shira, Amir amat mesra dengan kawan-kawan yang lain. "Dia tak suka aku ke?" getus hatinya berkali-kali. Namun begitu, Shira yang memang bersikat degil dan keras hati ini tetap mencuba memecahkan tembok kedinginan antara mereka. Lama-kelamaan Amir mula bersikap agak terrbuka terhadap Shira. Pun begitu kadang-kadang Amir menumjukkan kemesraannya dan ada kalanya seakan menjauhkan diri. Shira menjadi letih dengan permainan "tarik-tali" itu.

"Abang Zack, kenapa Amir tu macam tak suka je kat Shira?" soal Shira pada rakan kerja yang sudah dianggap abang angkatnya itu. Zack merenung Shira dan perlahan-lahan mengukir senyuman. "Takde lah. Perasaan Shira je tu. Ok je Amir tu dengan Shira abang tengok." balas Zack. Shira merenung tajam ke wajah Zack menunjukkan perasaan ragunya. Zack menjadi serba-salah. "Ok.. kalau Shira nak tau sangat.." Zack mengalah. Akhirnya barulah Shira mengetahui yang Amir baru putus hubungan dengan teman wanitanya.

Pada masa yang sama Shira menyedari yang dia sudah mula pandai merindui Amir. Setiap saat bayang Amir bermain di fikirannya dan keadaan itu membuatkan Shira tidak sabar ke tempat kerja untuk berjumpa buah hatinya itu. "Apa dah jadi? Takkan jatuh cinta kot?" Dia menjadi hairan kerana sebelum ini memang perasaan seperti itu tidak pernah wujud di jiwanya. Lama-kelamaan Amir semakin mudah didekati walaupun dia kelihatan masih menciptakan jurang antara mereka. Tetapi jauh di sudut hati wanita Shira mengatakan bahawa Amir juga menyimpan perasaan terhadapnya. Namum mungkin luka di hatinya yang masih belum sembuh itu belum bersedia untuk disentuh kembali.

Waktu berlalu dan keputusan UPU keluar. Shira diterima masuk universiti. Shira amat gembira dengan keputusan itu tetapi pada masa yang sama hatinya sedih kerana harus meninggalkan rakan-rakan sekerjanya dan lebih-lebih lagi Amir. Mujurlah kampusnya masih di KL. Oleh itu Shira sering mengambil kesempatan mengunjungi kawan-kawannya di situ. Siapa sangka, keadaan berjauhan itu memberi hikmah untuknya. Amir tiba-tiba seakan membuka pintu hatinya terhadap Shira. Hubungan mereka bertambah intim walaupun mereka tidak pernah meluahkan rasa hati masing-masing. Amir juga kerap menelefon. Tuhan sahaja yang tahu betapa seksa hatinya ternanti-nanti panggilan dari Amir. Untuk dia menghubungi Amir tidak sekali. Dia juga ada ego perempuannya sendiri. Sepanjang hubungan di tali telefon itu, tidak sedikit pun keluar topik perasaan jauh sekali cinta. Namun hati Shira berbunga bahagia, maklumlah, buah hati pertama. Malah kawan-kawan juga maklum dengan keintiman mereka. Cuma mereka juga pelik dengan status hubungan tersebut.

Suatu hari Amir tiba-tiba mengenalkan Shira dengan Firdaus yang juga kawan baiknya. Shira memang mengenali Firdaus kerana dia juga sebumbung syarikat cuma berlainan cawangan. Shira sebenarnya kurang menyenangi Firdaus dan kawan-kawannya. Baginya mereka nakal dan kuat mengusik gadis. Sejak perkenalan itu Amir seakan-akan menolak Shira ke arah Firdaus. Perbuatannya itu mengecilkan hati Shira. Dia merasakan Amir mula bermain "tarik-tali" kembali. Firdaus pula beriya-iya benar merapatkan diri. Memandangkan Firdaus rupa-rupanya seorang yang menyenangkan, Shira lantas menyambut kemesraan itu. Tetapi perasaannya masih kuat terhadap Amir. Sakit betul hati Shira apabila Amir seakan-akan menjauhkan diri pula. Dia yang bersungguh-sungguh menyuruh Shira menghubungi Firdaus, tetapi setiap kali Shira dan Firdaus bertemu Amir di tempat kerjanya, Amir dingin seolah-olah cemburu. Dalam masa yang sama Amir masih menghubunginya. Seperti biasa, Amir menunjukkan sikap yang berlainan di talian telefon. Sungguh mesra dan membahagiakan. Shira bingung.

Lama-kelamaan Shira semakin selesa berkawan dengan Firdaus yang pada pandangannya ikhlas dan menyenangkan. Namun dia tidaklah menyimpan perasaan terhadap Firdaus. Cuma Shira rasa selesa dan bahagia mendampingi jejaka ini. Mereka sering keluar bersama, sesuatu yang tidak pernah dilakukan bersama Amir. Tetapi lebih sebagai kawan. "Firdaus rasa selesa berkawan dengan Shira dan..." Firdaus teragak-agak meneruskan kata-katanya. Mata Shira ditenung dalam-dalam. "Firdaus sayangkan Shira." Kini Shira pula kehilangan kata-kata. Dia hanya membisu kerana jauh di sudut hati ini masih ada segunung perasaan terhadap Amir. Dia sungguh bingung. Apakah dia harus mengharapkan Amir yang masih bermain teka-teki? "Firdaus, walaupun aku tidak menyimpan perasaan terhadapnya namun aku bahagia dengan hubungan ini." Shira berkira-kira sendiri di dalam hati. Adakah Amir benar-benar menyayanginya atau hanya Shira yang beranggapan begitu?

Jawapan diperolehi dari pihak ketiga, iaitu dari Zack. "Amir sebenarnya amat menyayangi kau Shira. Namun dia juga sayangkan persahabatannya dengan Firdaus. Itulah yang merobek hatinya sekarang." Shira terkedu mendengar penjelasan Abang Zack. "Akhirnya kuketahui juga isi hatimu Amir." bisik hatinya sayu. Perasaannya bercampur-baur. Terharu kerana tidak bertepuk sebelah tangan dan marah kerana dilayan seolah-olah barang yang bisa diberikan kepada Firdaus. Kenapa Amir tidak berterus-terang dengannya? Tidakkah jelas tertulis di wajahnya tentang isi hatinya terhadap Amir? Memang dia juga bersalah kerana tidak berterus-terang. Tetapi dia tidak mahu menjadi seperti perigi mencari timba.

"Biar kita yang disayangi tetapi jangan kita yang lebih-lebih sayangkan orang lain." selamba ungkapan itu keluar dari mulut ibu. Bagaimana ibu boleh melihat gelora dihatinya? "Apa mak cakap ni?" Shira pura-pura bertanya. "Mak boleh tahu isi hati kau Shira. Tengok tu, aiskrim tu dah cair dari tadi tak dijamah-jamah. Entah ke dunia mana kau melayang." Shira merasakan wajahnya panas menahan malu. "Ya Allah, dah jadi kuah aiskrim ni."
Subuh itu Shira merasakan ketenangan yang luar biasa. Dia sudah menyerahkan diri bulat-bulat kepada yang Esa. Harapannya keputusan yang bakal diambil kelak adalah tepat. Ya, hari ini segalanya akan terjawab. Shira bersiap-siap untuk keluar, bertemu dengan jejaka yang akan diberikan seluruh jiwa dan raganya. Sudah sampai masanya dia mengakhiri segi tiga ini.

"Mama, papa strike!" jerit Lili mengejutkan Shira dari lamunannya. Shira memeluk anaknya itu dengan penuh kasih-sayang. Amir hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka berdua. "Caya lah papa! Give me five!" jerit Lili lagi lalu berlari dan melompat ke pangkuan papanya, Firdaus. "Nanti suruh papa Lili belanja kita semua Mc Donalds tau" usik Liya, isteri Amir yang kini sedang hamil. Shira tersenyum bahagia. Ya Allah, terima kasih diatas kurniaanmu yang indah ini.

Posted at Saturday, March 04, 2006 by felisha
Make a comment  

Saturday, January 28, 2006
Pengorbanan Abadi.....

Pertemuan kali ini tidak sama dengan yang lalu. Pertemuan yang sentiasa dihiasi dengan gelak ketawa dan gurau senda. Tapi tidak untuk kali ini. Hanya kebisuan yang menguasai suasana sejak dari awal pertemuan. Adakah hanya kerana peristiwa semalam telah meragut segala-galanya yang pernah mereka kecapi bersama. Ketuka itu Shida benar-benar tidak dapat mengawal perasaannya yang sedang memberontak. Hampir tiga jam dia menunggu bagaikan patung didalam restoran berhawa dingin itu. Izard telah memungkiri janji!. Dengan nada marah, Shida melangkah keluar dari restoran dan mengatur langkah menuju ke pejabatnya semula. Mukanya yang mencuka membuatkan rakan sepejabat kehairanan. Sesampai di pejabatnya, pintu biliknya dihempas kuat. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi.Habis kertas dihadapannya diconteng agar kemarahannya dapat diredakan.

"Kenapa dengan engkau ni Shida? Kau bergaduh dengan Izard ke?"Tanya Farah yang tiba-tiba tercegat dihadapannya.
"Tak..."
"Habis tu kenapa kau conteng semua kertas ni?"Balas Farah yang kehairanan.
"Aku geram! Geram sangat!". Shida melempar pen yang dipegangnya hingga terpelanting ke lantai.
"Kau tahu tak....dekat tiga jam aku tunggu. Konon nak lunch bersama tapi.. batang hidung pun tak nampak!"
"Jadi yang keluar tadi dengan Izard tu bukan engkau ke?" kata-kata Farah membuatkan Shida tersentak.
"Apa kau kata tadi Farah? Betul ke apa yang kau nampak tu?" Terjenggil mata Shida mendengarnya.
Farah serba salah. Tak tau samada perlu menerangkan atau tidak apa yang dilihatnya sewaktu keluar makan bersama Fazli.
" Kenapa Farah? Kau seolah menyembunyikan sesuatu dari aku"
"Tak ada apa-apa Shida...Cuma tadi aku nampak Izard keluar dengan seorang perempuan. Aku ingatkan dia dengan engkau."Terang Farah jujur. Shida mula terdiam. Dihatinya berbunga rasa curiga dengan kesetiaan Izard terhadapnya.
"Sampai hati kau Izard....sanggup kau buat aku macam ni......"Kedatangan sang ombak yang menyentuh kakinya mengejutkan Shida dari lamunan yang singkat. Dia melemparkan pandangan kearah Izard yang sedang asyik bermain air di gigi pantai. Hatinya hancur luruh mengenangkan dirinya yang sering didustai.
"Kau ke mana semalam Izard? Dekat tiga jam aku tunggu tapi... kau tak datang..."
"Maafkan aku Shida, Semalam aku ada hal dan tak sempat nak bagitau kau. Lama kau tunggu?"
"Wah...senangnya!! Habis siapa perempuan yang kau ajak keluar semalam? Pelanggan atau kekasih?!!". marah Shida. Hatinya begitu membara walaupun tiada niat bergaduh.
"Shida..... dengar dulu!" Jangan menuduh melulu".Pantas Izard membela diri.
"Dah! tak perlu kau nak berdalih lagi.. aku dah tahu segalanya. Dan dah banyak kali kau buat aku begini..., aku dah tak tahan lagi menanggung derita hanya kerana sikap kau yang sering mungkir janji"
"Sekarang baru aku tahu Izard.. Kau rupanya sama saja seperti lelaki lain! Kecurangan kau membuat aku tawar hati. Cuma, dengan ikhlas aku katakan belum tiba waktunya aku mengucap selamat tinggal buat kau!!" Izard terpaku mendengar luahan dari dua ulas bibir Shida.
"Shida, kau tau apa yang kau cakapkan ni?" Izard memegang bahu Shida sambil matanya merenung tajam ke dalam anak mata Shida. Dia mencari kepastian disebalik keheningan mata itu. Shida pula hanya mengangguk mengiakan.
"Shida.. baru aku tahu yang selama ini kau hanya berpura-pura dengan kata-kata yang kau lafaskan pada aku.."
"Shida!!" Izard melepaskan pegangan di bahu Shida."Tiga tahun kita bersama, tapi itu hanya sekadar di hadapan kawan-kawanmu! Sedangkan pada hakikatnya kita tak pernah bahagia apabila bersama. Ada saja yang tak kena. Aku lebih tersiksa dari kau Shida." Ya.. aku mengaku aku bersalah kerana curang denganmu. Tapi sebagai seorang kekasih, tak salah kalau aku katakan cemburumu keterlaluan!"
"Shida...maafkan aku sayang, aku rela sekiranya perpisahan ini benar terjadi. Aku tak sanggup dicemburui selamanya. Andainya kau dapat pengganti nanti, harap kau kikislah terus api cemburumu itu. Selamat tinggal Shida.." Izard mengatur langkah tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.
"Izard!!'' teriak Shida. Tapi Izard terus berlalu.


Posted at Saturday, January 28, 2006 by felisha
Comment (1)  

Monday, January 23, 2006
Kurang G6PD penyebab penyakit kuning

SOALAN: Apabila bayi sahabat saya dilahirkan, dia diuji untuk kekurangan G6PD dan diberi satu suntikan. Untuk tujuan apakah ujian dan suntikan tersebut dijalankan? Bolehkah anda jelaskan mengenai hal ini?

Jawapan: G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) merupakan sejenis enzim yang berfungsi mengekalkan kekukuhan dinding sel-sel darah merah.

Kekurangan G6PD akan menyebabkan sel-sel darah merah senang pecah apabila terdedah kepada sesetengah bahan pengoksida seperti ubat-ubatan, ubat gegat (naftalena), kacang parang (fava beans) dan lain-lain.

Bayi yang kekurangan G6PD akan berkemungkinan besar mendapat penyakit kuning (jaundis) yang teruk apabila baru lahir. Jika demikian, mereka perlu diletakkan di bawah lampu fototerapi.

Bayi-bayi tersebut tidak akan mengalami sebarang masalah ketika membesar melainkan jika terdedah kepada bahan-bahan seperti yang disebutkan di atas. Tiada sebarang suntikan khas yang akan diberikan kepada bayi yang kekurangan G6PD.

Suntikan yang diperkatakan mungkin adalah suntikan vitamin K dan vaksin hepatitis B yang sememangnya diberikan kepada semua bayi sebaik sahaja dilahirkan.

S: Anak saya yang berusia lapan bulan sering mengalami cirit-birit. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

J: Cirit-birit yang kerap biasanya disebabkan oleh jangkitan. Sebab-sebab lain yang mungkin adalah ketidakmampuan bayi untuk mencerna protein susu lembu ataupun bahan yang lain.

Pengambilan antibiotik juga boleh menyebabkan cirit-birit dengan menukar mikroflora dalam usus bayi. Bayi yang sedang cirit-birit harus dijaga agar tidak mengalami pendehidratan. Lebih-lebih lagi jika bayi tersebut turut muntah.

Memberikan probiotik dalam bentuk yogurt kepada bayi akan dapat membantu mengelakkan masalah cirit-birit.

S: Bayi saya yang berusia setahun sering muntah setelah minum susu walaupun kami sering membantunya sendawa. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

J: Muntah atau regurgitasi selepas minum susu adalah masalah yang lazim berlaku kepada kebanyakan bayi. Ia biasanya tidak akan mendatangkan kesan yang berpanjangan.

Ia terjadi kerana refluks gastroesophageal yang disebabkan oleh makanan dalam perut yang memasuki semula ke dalam saluran pemakanan.

Keadaan ini biasanya tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Kadangkala, masalah ini dapat diselesaikan dengan memekatkan lagi susu bayi atau memberikan susu khas yang lebih pekat.

Tiada sebarang ubat yang perlu diberikan untuk menghentikan muntah. Masalah ini akan berhenti dengan sendiri apabila bayi lebih dewasa nanti.

Soalan dijawab oleh Dr. Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia

S: Mengapakah doktor menasihatkan saya agar mengambil ujian Serum AFP Ibu (maternal AFP)? Apakah yang dapat dikesan oleh ujian ini?

J: Pada masa kini, amat jarang sekali doktor menasihati pesakit untuk mengambil ujian ini secara bersendiri.

Pada awalnya, ia dilakukan untuk mengesan kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan anensefali tetapi ia kini telah digantikan secara meluas dengan imbasan ultrabunyi.

Jika digabungkan dengan ujian beta HCG dan ujian estriol, ia boleh memberikan penilaian risiko Sindrom Down berdasarkan ujian berganda dua atau tiga yang biasanya dilakukan pada minggu ke-16 kehamilan.

Soalan dijawab oleh Prof. Dr. Muhammad Abdul Jamil Mohd. Yassin


Posted at Monday, January 23, 2006 by felisha
Comment (1)  

Hakikat Sebuah Cinta

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta


Posted at Monday, January 23, 2006 by felisha
Make a comment  

Kejahilan senja !

Allahhuakbar, Allahhuakbar”. Serentak dengan seruan azan maghrib itu, aku terjaga daripada tidurku yang amat lena. Perlahan-lahan aku membuka tirai mata ini merenung hambar ke siling bilikku yang kelihatan usang tanpa hiasan ceria. Aku mengalihkan pandangan mataku ke meja tulisku mencari sesuatu. Jam berbentuk ayam jantan yang begitu setia berkokok mengejutkan tuannya tanpa mengenal erti penat dan jemu sudah menunjukkan pukul 7.35 malam. Ah! Celaka betul jam ni. Dari tadi tak habis-habis berkokok. Aku mendengus sendirian
di dalam hati. Ternyata jam tersebut bagai tidak memahami makianku atau sengaja meneruskan kokokannya untuk menyeru aku bangkit menunaikan seruan Ilahi. Aku mengalihkan pandangan mataku ke sebelah kiri bilik. Kelihatan rakanku, Aza masih setia berpelukan dengan bantal busuknya tanpa mengambil hirau kokokan menggila jam ayam jantan tersebut. Hm.. Aza pun masih sedap layan tidur. Perasaan cemburu menguasai mindaku. Ternyata hasutan iblis menerawang di benak mindaku. Aku begitu malas hendak bangun. Tambahan pula aku dapat merasakan yang aku mempunyai teman setia dalam perjuangan melayarkan impianku di tirai mimpi senja. Perlahan aku menekan butang jam tersebut untuk menghentikan kebisingan kokokan tersebut. Ganggu aje. Maghrib-maghrib pun nak buat bising. Tak baik. Dengan spontan aku menggapai bantal busukku dan terus berpelukan menggamit mimpi indah tadi agar kembali menghuni lenaku.

“Hoi! Tak ingat Maghrib ke? Orang lain pun penat juga. Tapi taklah sampai terbungkam tak ingat dunia”, kali ini suara Jijon menampar pendengaranku. Dengan spontan aku bangun sambil memakukan mataku pada sesusuk tubuh lelaki kurus yang berdiri tegap di depanku.

“Apa kacau orang ni? Relaxlah brother. Kan waktu Maghrib tak habis lagi. Aku tahulah apa yang patut aku buat. Tak payah engkau nak sibuk-sibuk pulak”, kali ini aku begitu tegas membalas teguran Jijon. Aku lihat Jijon menggelengkan kepalanya sambil beredar perlahan meninggalkan bilikku. Hm.. baru engkau kenal siapa aku. Pandai-pandai nak ingatkan orang pula. Dia ingat aku ni bukan orang Islam agaknya. Tak tahu tanggungjawab pada agama. Pergi mampuslah!

Aku bangun dari tempat peraduanku sambil mencapai tuala mandi yang begitu usang tergantung tidak terurus di sudut bilikku. Dengan malas aku menanggalkan seluar pendekku. Tuala yang berwarna kuning kelusuhan itu aku kenakan di badanku. Mataku mencari-cari sabun mandi yang aku sendiri tidak tahu di mana letaknya. Nyata kehidupanku tidak terurus seperti seorang pelajar yang berdedikasi. Aku hanya tahu melayarkan impianku setinggi menara idaman. Dan aku hanya tahu menambatkan bicaraku pada helaian kebenaran. Tetapi aku sendiri belum pernah menemui perubahan yang dapat membawa aku ke jalan yang sebenar-benarnya. Teringat aku pada bicara Ustaz Shamsuri dalam kaset yang aku beli dua hari lepas mengenai kehidupan akhir zaman. Ada sesetengah manusia yang Islam pada paginya tetapi kafir pada petangnya. Iaitu manusia yang berbicara tentang kebenaran Islam pada pagi hidupnya tetapi perbuatannya tidak menggambarkan keislamannya pada sebelah petang kehidupannya. Mungkinkah aku berada dalam situasi ini. Atau mungkinkah aku tergolong dalam kelompok manusia yang berkelakuan sebegitu rupa. Ada kalanya aku sedikit menyedari yang aku sudah begitu hampir dengan situasi ini. Atau bolehlah dikatakan aku sudah berada dalam kelompok manusia seperti ini. Buktinya, aku sering membicarakan tentang haram atau halal sesuatu perbuatan. Dan adakalanya aku menjadi bahan rujukan masalah keagamaan daripada rakan-rakanku. Apabila ditanya, aku sering memberi hujah yang fasih lagi sempurna dalam isu keagamaan berkat daripada ilmu yang aku perolehi di sekolah pondok tujuh tahun yang lepas. Tapi aku masih keliru. Kenapa aku hanya pandai berbicara tentang agama sedangkan aku sendiri tidak pernah beramal ke atas ilmu yang aku perolehi. Aku tahu sembahyang itu wajib, tetapi aku sering kali gagal menyahut seruan agama ini. Mengapa? Aku rasa aku masih belum bersedia untuk menjawab persoalan ini.

Dengan lemah aku berjalan keluar dari bilikku dengan tekad untuk menuju ke bilik mandi serta bersedia untuk menunaikan solat Maghrib. Namun langkahku terhenti di persimpangan ke bilik mandi. Dari jauh aku mendengar irama petikan gitar yang aku pasti datangnya dari bilik Rani. Entah apa pula yang merasuk mindaku hingga memaksa aku berlari ke bilik Rani. Peh! Kelihatan Limi, Rani, John, Wak dan Aza sedang bergembira melayan irama petikan gitar yang dikemudikan oleh Limi. Nyata irama lagu metal yang dipetik oleh Limi berjaya menghambat ingatan mereka terhadap kewajipan mereka menunaikan solat Maghrib. Dan yang nyata, irama itu juga berjaya menghalau jauh nekadku yang baru aku tanam sebentar tadi.

“Woi! Apalah engkau ni On. Asyik tidur aje. Kalau asrama ni runtuh pun aku rasa engkau mesti tak sedar punya”, Limi menempelakku dengan kata-katanya yang aku anggap sebagai gurauan semata.

“Biasalah. Dia ni kalau Maghrib aje mesti burn punyalah”, kali ini John menyampuk tanpa memberi peluang aku membela diri.

“Eleh.. yang hangpa semua ni dok melalak tak ingat dunia tu ingat baguih. Pi mampuihlah woi”, baru aku berpeluang mengembalikan paku buah keras yang ternyata dapat menutup mulut mereka buat sementara waktu.

Dunia…. Aku pun tak tahu kenapa aku dan mereka ini dapat hidup di dalam dunia yang penuh dengan penipuan ini. Aku akui rakan-rakanku yang berdiri di depanku ini adalah antara rakan yang paling setia bersamaku. Aku juga mengakui yang aku telah begitu banyak menerima tunjuk ajar dan tak kurang juga menerima kekurang ajaran sikap mereka. Tapi itu adalah lumrah dalam persahabatan. Aku akui nasib mereka juga tak ubah seperti aku. Mereka juga begitu pandai berbicara tentang Islam. Tambahan pula Wak yang begitu fasih dan lancar membicarakan soal keislaman hinggakan adakalanya mampu memukau aku dengan hadis dan ayat Al-Quran yang aku rasa begitu hebat teratur daripada bibir mulutnya. Tetapi, mereka juga sepertiku. Hanya berbicara tanpa pernah mencari hala tuju sendiri. Hanya pandai berkata tanpa pernah mengatur haluan sendiri. Yang aku tahu, aku dan rakan-rakanku ini bukanlah sendirian. Masih ramai lagi manusia di muka bumi ini yang bernama Islam pada lahirnya tetapi entah apa tafsiran agama pada dalamannya. Aku kadangkala ingin sekali merubah kehidupanku ini kembali ke zaman remajaku di mana aku seorang penggerak dakwah yang begitu setia menyebarkan ilmu keagamaan di negeri Perak. Dengan jubah dan serban yang tidak pernah renggang daripada tubuhku, aku begitu utuh menapakkan ajaran agama Islam tidak kira di dalam bas mahupun di simpang jalan. Tetapi aku rasa kehidupan aku pada masa lalu begitu sukar untuk digamit kembali. Aku kini sudah begitu jauh tersesat daripada susur perjalanan yang pernah aku bina dulu. Entah apa silapnya, aku sendiri tidak dapat memberi jawapannya. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang telah tersurat dan tersirat daripada rentetan kehidupan ini.

“Ya sheikh, dah sembahyang belum?” Kami dengan serentak mengalihkan pandangan pada Lebai yang berdiri segak di ambang pintu. Senyuman yang terpamer dari bibirnya begitu mesra menyapa hati nurani kami.

“Err…. Belum lagilah Lebai. Nanti kami sembahyanglah”, Aza tergagap-gagap menjawab soalan Lebai. Malu agaknya. Mana tidaknya, dah nak masuk Isyak masih lagi terlalak-lalak tak ingat dunia.

“Kalau belum, apa salahnya korang semua buat jemaah sesama korang. Dapat jugak pahala daripada korang melalak tak tentu arah macam ni”. Peh… Lebai punya ayat memang mampu melemahkan anggota badan kami. Rani yang paling awal meluru keluar bilik menuju ke bilik air. Nak ambil wuduk agaknya. Mandi tidak, apa pun tidak terus nak sembahyang. Nak cover malulah tu. Limi dan John dengan perlahan meninggalkan bilik menuju bilik masing-masing. Tak tahulah samada nak sembahyang ke apa. Tapi aku rasa mungkin mereka nak sembahyanglah tu. Limi dan John ni pantang kena tegur. Buatlah baik kejap. Aku? Masih lagi termanggu melihat sekeliling mencari arah. Nak buat apa pun aku tak tahu. Nak sembahyang ke tidak?

Inilah yang dikatakan manusia. Mungkin manusia dilahirkan dengan mempunyai otak untuk memudahkan mereka berfikir. Tetapi kenapakah minda yang Allah anugerahkan kepada mereka tidak mampu menangkis godaan syaitan yang direjam? Atau kenapakah minda yang Allah anugerahkan itu masih mampu terpinga-pinga mencari arah realiti? Kenapa ia masih gagal menentukan yang mana baik dan yang mana buruknya? Aku dapat mencipta rumusan sendiri di dalam benakku. Sebenarnya, aku rasa minda yang Allah anugerahkan itu tidak bersalah dalam perihal ini. Aku rasa sebagai manusia, aku mampu mengawal mindaku dan mencipta pemikiran yang sesuai berlandaskan kehendak agama Islam. Atau, sebagai manusia aku pasti mampu mencipta tuju arahku sendiri dengan berlandaskan petunjuk agama Islam.

Perlahan aku meninggalkan imaginasiku yang berkecamuk tanpa hentian jawapan yang pasti. Aku melangkah longlai menuju ke bilik air dengan satu lagi tekad baru. Aku ingin sekali menjadi manusia yang bergelar Islam sejati. Tetapi mampukah aku merealitikan impianku? Entahlah.. Mungkin esok, atau mungkin lusa, atau mungkin pada suatu masa nanti aku akan bertemu realiti yang dapat membawa aku ke sebuah dataran keimanan yang abadi dan suci. Semoga Allah membuka pintu hatiku dan rakan-rakanku untuk kembali menyahut seruan agama Islam yang abadi.

Posted at Monday, January 23, 2006 by felisha
Make a comment  

Andai Ada Jodoh

Kasihan kau abang Borhan! Aku sahaja yang kurang bijak
menilai dan agak terburu nafsu. Janganlah kerana
kesilapan (yang aku sendiri tak dapat maafkan) ini, kau pula terpaksa menerima hukumannya, terpaksa menjauhkan diri dan lari daripadaku. Abang, kau mesti datang! Aku pasti kecewa tanpa kehadiranmu. Cukuplah sekali aku kecewa kerana aku tersalah mengatur haluan hidupku. Jangan pula kau biarkan aku terus diamuk rasa kecewa kerana ketidakhadiranmu! Abang, sesunguhnya Aku amat
menyesal dengan keputusan yang telah kuambil. Aku
keliru dengan perasaan ku ketika itu. Kini, barulah
aku sedar perasaan sebenarku terhadapmu.

Abang, kini aku sedar, sebenarnya selama ini aku bukan
hanya mengasihi kau sebagai seorang saudara dan
sahabat sebaliknya perasaanku lebih daripada itu. Aku menyintaimu, Abang Borhan. Aku menyesal kerana telah melukakan hatimu. Aku juga sesal dengan sikapmu. Kau terlalu terburu-buru. Mengapa tidak kau biar aku terus berfikir. Mengapa kau terus pergi meninggalkan aku
yang masih keliru? Kerana kecewa kau pergi begitu
sahaja.

Penaku terhenti seketika. Otakku semakin gelisah
memikirkan surat yang baru kutulis. Bagaimana akan
kuserahkan surat itu kepada Abang Borhan? Aku tak tahu di mana abang Borhan berada? Aku tak pasti alamat terbarunya. Dia juga sudah lama tidak datang ke rumah mencariku. Rajuk benar abang Borhan denganku. Agaknya dia sudah buang namaku jauh-jauh dari kantung hatinya? Agaknyalah!

Tak mengapalah, memang patut aku diperlakukan
sedemikian! Yang aku tahu abang Borhan kini berada di
luar negara. Itupun melalui Ibu. Setiap dua bulan abang Borhan akan menelefon Ibu bertanya khabar sewaktu ketiadaanku. Agaknya sengaja abang Borhan mengelak daripada mendengar suaraku. Aku langsung tak berpeluang berbicara dengan abang Borhan. Berkali-kali aku pesan pada Ibu supaya mengambil alamat dan talian abang Borhan agar mudah untuk aku hubungi. Malangnya Ibu gagal memujuk hati abang Borhan. Abang Borhan tetap berkeras tidak mahu diketahui di mana dia berada. Apa yang mampu aku buat
hanyalah berkirim salam kepada abang Borhan melalui Ibu.

Tipulah kalau aku kata aku tak berkecil hati dengan tindakan abang Borhan. Sanggup abang Borhan mengenepikan terus namaku dalam hidupnya. Aku bagaikan tidak pernah wujud di
dunia ini. Dia bukan sahaja tidak mahu mendengar suaraku, bertanya khabar tentang diriku pun tidak pernah. Sedih rasa hatiku! Agaknya inilah kesedihan yang abang Borhan rasa
sewaktu aku menolak cintanya dulu. Padan muka aku! Inilah harga kebodohan yang perlu kubayar setelah aku mengecewakan abang Borhan.

Hmmm... sia-sia saja nampaknya usahaku untuk berbaik-baik semula dengan abang Borhan. Abang Borhan,
sudah lama aku ingin membetulkan perasaanku terhadap abang Borhan. Malangnya abang Borhan terus menyepi. Kalaulah abang Borhan tidak menjauhkan diri daripadaku, sudah pasti keadaan berubah. Akan kuluahkan raca cinta yang semakin bercambah terhadap abang Borhan. Akan kuterima dia bertakhta di lubuk hatiku. Akan aku jadikan dia raja di hatiku, dan Aku... Aku ingin menjadi insan paling
bahagia di sisinya. Tapi bagaimana? Semuanya sudah terlambat! Aduh fikiranku semakin kacau.

Ah.. lupakan sahaja semua itu, Aku harus kembali ke pangkal jalan. Aku kini bakal menjadi isteri orang, Sudah, jangan fikirkan tentang abang Borhan lagi! Lupakan sahaja abang
Borhan. Fikirkan tentang bakal suami yang belum pernah
kulihat selama ini. Fikirkan tentang alam rumahtangga yang bakal aku lalui. Itu lebih baik.

"Ahhhh!!!!" Kuat pula jeritan tak sengajaku. Aku sendiri terkejut! Helaian kertas yang masih baru dihiasi dakwat biru kukoyak. Aku batalkan hasrat ku untuk terus menulis. Untuk apa aku terus menulis andai segala yang aku lakukan sia-sia
belaka? Lebih baik aku fikirkan perkara yang lebih penting daripada mengenangkan harapanku yang masih belum pasti.

Aku dan Borhan bagai isi dengan kuku tidak boleh dipisahkan lagi. Tapi kini, segalanya telah lebur. Cintaku untuk insan bernama lelaki juga telah lama berkubur. Aku sendiri tidak
pasti dengan tingkahlaku diriku sendiri. Ramai lelaki
yang memberi harapan kepadaku tetapi tidak penah aku pedulikan. Ah... aku tidak berminat untuk cinta. Kasihan Abang, kerana aku dia membawa dirinya jauh. Aku menyesal dengan tindakanku. Tapi, ketika itu aku masih terlalu muda untuk menilai intan dan kaca. Kini aku wanita yang lebih matang dan mampu berfikir secara rasional untuk
kebahagiaan diriku sendiri. Abang... kalaulah kau.......

Kenangan itu kembali menjelma ruang ingatanku.

"Abang, jangan menaruh harapan pada Meen. Pintu hati
Meen tak pernah terbuka untuk Abang. Bukan Meen tidak
sudi, bukan Meen benci Abang. Abang lelaki sempurna, kacak, berpendidikan, berjawatan, malah berbudi bahasa. Meen sedar itu. Meen akui segala-galanya. Tapi mengertilah abang. Meen tidak boleh menerima Abang. Meen anggap Abang dah seperti darah daging Meen. Abang kesayangan Meen. Meen sayang Abang bagai abang kandung Meen sendiri! Itu sahaja. Tidak lebih daripada itu. Tak mungkin perasaan Meen akan lebih daripada itu.

"Abang...." Suasana sepi seketika. Air muka Abang
semakin keruh. Sengaja Abang palingkan mukanya
daripada wajahku. Aku tahu ada tikanya abang mencuri pandang wajah serba salahku ini. Mungkin dia kecewa dan malu mendengar jawapanku. Aku faham kesedihanmu abang. Akulah orang yang paling memahami dirimu. Tapi aku bingung mengapa selama ini aku tidak memahami yang kau punya rasa cinta untukku. Aku tidak pernah terfikir sebegitu. Aku juga merasa kecewa dan malu untuk melafazkan keputusan yang telah aku buat. Aku dapat merasakan kepiluan hatinya di saat ini. Aku turut menanggung kepiluan ini. Aku membesar bersama-samanya, suka duka, hilai tawa,
onak duri yang kutempuhi bersamanya menjadikan aku
cukup kenal dengan kelembutan hati nuraninya. Tapi Abang,
kepiluanku ini tidak dapat nak kuluahkan kepada mu. Cukuplah sekadar rasa simpati ini kusimpan kemas di dalam sanubariku. Sedarlah Abang, biar sekuat mana kasih sayangku terhadapmu, aku masih tidak mampu untuk mencintaimu.

"Maafkan Meen Abang. Meen tak dapat menerima insan
yang tak pernah Meen cintai. Sudah takdir tuhan Meen
dilahirkan bukan untuk menjadi hak milik Abang. Maafkan Meen andai kasih sayang yang Meen baja belum cukup untuk
membuahkan rasa cinta. Maafkan Meen andai cinta yang Abang hulurkan Meen ganti dengan kasih sayang. Kasih sayang seorang adik kepada abangnya. Kasih sayang seorang sahabat kepada sahabatnya. Meen rasa itu lebih mulia. Lebih suci. Lebih Abadi", bersungguh-sungguh aku
menyusun kata agar hatinya tidak terluka.

Borhan membongkokkan badannya. Kedua-dua tangan
menongkat wajah sementara siku memaku pahanya yang
panjang. Wajahnya ditundukkan ke bumi sehinggakan aku tidak dapat melihat keruh di wajahnya. Kakinya menguis-nguis butiran pasir. Sandalnya yang tadi tersarung kemas di kakinya kini berada agak dalam di bawah bangku bambu yang kami duduk. Aku semakin kaku. Abang Borhan terus membisu, suasana semakin lesu. Abang Borhan masih membatukan diri. Hanya suara angin dan kicauan burung memberi irama pada petang itu. Aku juga sudah tidak mampu untuk bersuara. Mungkin berdiam diri lebih baik
daripada bersuara kerana situasi yang sedang kuhadapi
ini melibatkan hati dan perasaan. Maruah dan harga
diri.

Aku masih ingat kenangan bersama Abang Borhan. Pasti
ada sahaja bahan lucu yang bisa membuatkan aku hilang
pertimbangan.Ketawa berdekah-dekah, hinggakan ibu memarahiku kerana hilai tawaku itu. Tapi pada petang ini keadaan telah berubah. Sama sekali. Sebenarnya sudah seminggu perubahan ini aku rasakan. Sejak Abang Borhan menyatakan hasrat hatinya padaku. Aku sungguh terkejut dengan pengakuan ikhlasnya. Abang memberikan aku tempoh untuk aku memikirkan perkara ini dan akan
berjanji menghormati segala keputusan yang aku buat.
Dia berjanji tidak akan berubah walau apa sekalipun
keputusan yang bakal kubuat. Dan kini aku dapat melihat dengan jelas apa yang dijanjikannya tidak dilaksanakan sepenuhya. Keadaan sudah berubah dan aku benci akan perubahan ini. Aku ingin menikmati detik-detik kemesraan antara aku dan Abang yang kuanggap bagai abang
kandungku sendiri. Tapi bilakah detik itu kembali? Aku
sendiri tidak pasti. Suasana masih kaku aku mesti melakukan sesuatu, getus hatiku.

"Abang Borhan...," lidahku seakan kelu untuk meneruskan kata-kata yang kususun sejak tadi. Bibirku seakan-akan terkunci rapat. Aku harus berkata sesuatu. Aku tidak peduli. Akan Aku jernihkan kembali suasana petang ini. Aku ingin Abang faham dengan keputusan yang aku buat.

"Abang..."

Abang Borhan mengangkat wajah. Matanya memandang tajam ke anak mataku. Aku jadi tidak menentu. Abang Borhan tetap membatukan diri. Ku lihat titisan jernih makin tak terbendung oleh kelopak matanya. Hatiku diserang rasa
sayu dengan tiba-tiba.

"Maafkan Meen Abang, Meen tak bermaksud hendak
melukakan hati Abang. Meen tidak mahu hati Abang terus
terbakar. Meen terseksa lihat Abang begini. Meen harap Abang menghormati keputusan Meen".

Abang Borhan mengetap bibir. Perlahan-lahan dia menundukkan kembali wajah sayunya. Aku mengalih
pandangan ke kiri. Tidak sanggup ku melihat Abang yang aku sayangi itu berperang dengan perasaan kecewanya. Sesekali
kubetulkan tudung yang terlilit rapi menghiasi wajahku. Aku tidak berdaya melihat wajah sayu abang Borhan.

"Meen... Jasmeen...", suara Abang Borhan tersekat-sekat. Aku memandang ke arahnya, sedang dia masih membisu dan
menundukkan wajahnya. Muram. Aku dapat meneka perasaannya ketika ini. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Mungkin dia gugup untuk memulakan bicara.

"Aku.... Aku... Ahh.... Maafkan Abang kerana terlalu
mengharapkan Meen selama ini. Maaf kerana mengganggu
ketenteraman hidup Meen dan keluarga. Maafkan Abang Meen."

"Abang... Bukan itu maksud Meen," aku cuba membetulkan
salah faham Abang Borhan terhadapku.

"Meen... Ketahuilah Meen, semua ini Abang lakukan
untuk Meen. Abang amat cintakan Meen. Sejak Abang
dibawa ke sini lagi. Abang tidak pernah menganggap Meen sebagai adik. Abang cintakan Meen. Dah lama Abang semadikan cinta ini di lubuk hati... tapi hari ini cinta Abang tidak berbalas. Tak mengapalah Meen," sayu suara abang disekat-sekat sebak di dadanya.

"Meen... Abang tak pernah mencintai gadis lain selain
daripada Meen. Percayalah Meen. Abang tetap akan
menyimpan cinta ini bersama Abang. Abang tak akan mengalah Meen."

Borhan bingkas bangun melangkah longlai masuk ke dalam
perut rumah. Aku menghantar Abang dengan ekor mataku.
Tak berdaya untukku ku atur langkahku masuk ke dalam rumah walau hari merangkak senja. Aku terus termanggu di
situ beberapa lama sehinggalah fajar menyinsing. Aku beredar perlahan-lahan. Ibu yang memerhatiku dari jauh tampak kehairanan, hanya mampu mengerutkan wajahnya.

II

Abang, sampai hati Abang buat Meen begini! Meen rindukan kemesraan Abang. Meen ingin lewati hari-hari manis bersama Abang. Kenapa Abang pergi tanpa pesanan? Bencikah Abang pada Meen??? Hatiku berbisik sendirian.

Sakit jiwaku mendengar perbualan ibu dengan Abang Borhan. Sedikitpun tak pernah dia berbual denganku. Sudahlah
pemergiannya tak diberitahu. Semua orang terkejut. Ibu
pun tidak diberitahu. Setelah lapan bulan Abang di London, barulah dia menelefon ibu bertanya khabar. Mulanya ibu
menyumpah-nyumpah Abang Borhan kerana tindakannya itu.
Aku hanya berdiam diri. Aku tahu Abang Borhan merajuk denganku lalu membawa diri ke London dengan alasan menyambung pelajarannya. Tapi kini Ibu sudah dapat menerima kenyataan bahawa anak lelaki tunggal kesayangannya itu tidak bermaksud untuk menyakiti hatinya. Tapi Ibu masih tidak tahu pemergian Abang Borhan ada
kaitannya dengan aku. Kututup rapi rahsia ini. Begitu
juga Abang Borhan. Pada hematku, Ibu tidak terperasan akan kerenggangan aku dan Abang Borhan sehingga kini. Atau mungkin dia anggap kami sudah dewasa, tidak seperti dahulu, segala-galanya perlu dilakukan bersama.

Abang Borhan, tahukah engkau Abang.... aku di sini tidak lagi berdua. Aku sentiasa bersendirian jika tidak ditemani Julia. Abang... kasihan Meen Abang, kini Julia telah berumahtangga. Dia sudah tidak punya banyak masa untuk menemaniku. Aku sahaja yang masih membujang. Umur dah menjangkau 28 tahun, tapi tiada teruna yang berkenan di hatiku. Biarlah... Biar Mak Uteh mengata aku anak dara tua. Biar Kak Semah, jiran sebelah membanding-bandingkan aku dengan anaknya Tina yang dah beranak dua. Biarlah, aku tak kisah. Yang penting tahu siapa diriku, aku tahu bagaimana lelaki pilihan ku. Biarlah ia datang dengan sendiri.

"Meen..." Suara Ibu mematikan lamunan panjangku.

"Ya, Ibu". Aku menyahut lemah.

"Abang Borhan kau kirim salam."

Ingat juga Abang Borhan kepada aku. Abang... sesungguhnya Meen sangat ridukan Abang. "Apa katanya
Ibu"?

"Tak ada apa, katanya dia dah ada kekasih. Orang
Malaysia juga. Kartini namanya. Kata Borhan dia akan
pulang lima bulan lagi dan terus melangsungkan perkahwinan di sini. Beruntung Kartini tu! Kata Borhan Kartini tu cantik, manja orangnya. Mak tahu kalau Abang kau tu cakap orang cantik, memang cantiklah orang itu."

Amboi melangit puji mak pada abang, anak kesayangannya
tu! Tapi mengapa jantungku berdebar kencang? Entah
mengapa kata-kata emak kali ini bagai mencantas koronariku. Mengapa aku harus berperasaan begini? Cintakah aku kepadanya? Rindukah aku padanya?Cemburukah aku? Kadang kala aku merasa kesal dengan sikapku. Bukan tidak wujud rasa cinta untuk Abang ketika itu, tetapi terlalu sedikit. Kini bila aku ditinggalkannya, barulah aku sedar aku tidak mampu untuk hidup tanpanya. Tapi
kini aku menjadi malu untuk mengucapkannya. Sebab aku
telah melukakan hatinya dulu. Tak mungkin aku dapat
menarik balik kata-kataku padanya. Abang Borhan juga pasti tidak akan menerimaku lagi. Kulihat ibu bersila kemas di
tengah ruang tamu.Baju-baju dari jemuran bertimbun-timbun di hadapannya.

"Ibu suka?"

"Suka...? Suka apa?"

"Alah, ibu ni, Kartini tulah! Ibu suka ke?"

"Oh... Kartini tu.. entahlah Meen. Ibu belum berkenalan dengannya lagi. Tapi, kalau Abang kau tu dah suka, Ibu menurut aja. Haa... Meen lepas ni kau pula. Abang kau yang berumur 32 tahun tu pun dah nak kahwin. Kau tu bila lagi? Tunggu bulan jatuh ke riba?" Kulihat bibir ibu terkumat-kamit sambil tangannya mengirai kain-kain lalu dilipatnya.

"Buat apa tunggu bulan Ibu, lebih baik Meen tunggu Putera Charles. Boleh jadi Queen. Puteri Diana pun dahtak ada." Ada gelak sinis di hujung kataku.

"Hiss ... budak ni. Ibu bersungguh-sungguh, dia main-main pula." Ibu tersenyum.

"Ala Ibu ni... Asyik cakap pasal kahwin aja. Biarlah Abang Borhan nak kahwin. Apa kena mengena dengan Meen".

"Eh.... Diakan Abang Meen, bersekolah sama-sama,
bermain bersama-sama kalau boleh kahwin pun Ibu nak
buat bersama-sama. Tapi apa daya kau tak hendak," ada rajuk di hujung nada Ibu.

"Meen.... kali ini Ibu tak peduli. Sesiapa sahaja yang
masuk meminang Ibu akan terima. Dah tiga pinangan kau
tolak Meen. Mengapa? Apa masalah kau? Siapa yang Meen tunggu?" kali ini wajah Ibu kulihat serius, bagai pengetua
menyoal muridnya. Aku rasa bersalah.

"Tak ada sesiapalah ibu. Belum sampai seru apa nak buat," sengaja aku mengelak, memberi alasan.

"Meen kau mesti berjanji dengan ibu, kali ini kau
takkan membantah lagi?" wajah Ibu bertambah serius.

"Kalau pilihan Ibu gemuk dan hitam pun Meen kena
terima?" sengaja ku ubah suasana, biar ceria.

"Meen... takkanlah Ibu nak rosakkan masa depan Meen.
Meen tak kasihan Ibu ke? Ibu pun dah tak lama di dunia
ni. Ayah pun dah pergi, entah esok lusa, ibu pula. Ibu teringin nak lihat anak gadis tunggal Ibu bersanding. Meen, I...
Ibu... tak punya anak ramai. Kaulah satu-satunya anak Ibu." Suara ibu bergetar. Ada sendu, sebak yang menyentak hati nuraniku.

"Alah Ibu ni, kan Abang Borhan dah nak kahwin tu."
Kucuba tenangkan gelodak sayu di dalam jiwa Ibu. Wajah
ibu semakin keruh.Kekeruhannya amat berlainan, tidak seperti tadi. Apakah aku telah mengguris hatimu Ibu?

"Abang Borhan memang anak Ibu, tapi tetap tidak sama
dengan anak kandung Ibu. Memang dia sayangkan Ibu
seperti ibu kandungnya tetapi......". Airmata Ibu meluncur laju.

"Sudahlah Ibu. Maafkan Meen Ibu." Tangis ibu makin
menjadi. Semakin keras nadanya. Airmata semakin tidak
tertahan.

"Ibu... Meen berjanji Ibu, Kali ini Meen takkan hampakan Ibu. Meen tak kisah siapa sahaja pilihan Ibu.Ibu pilihlah yang terbaik. Meen akan terima. Meen takkan tengok walau sekali siapa bakal suami Meen. Meen serahkan segalanya pada Ibu.
Meen tahu, pilihan Ibulah yang terbaik." Pada saat itu, entah mengapa aku punya keberanian untuk mengukir janji pada ibu.

"Dulupun ibu yang memilih Abang Borhan untuk dijadikan
anak angkat. Sedangkan Meen nakkan seorang kakak. Ayah
pun begitu. Nakkan seorang lagi anak gadis. Tapi pilihan ibu
sememangnya tepat. Abang Borhan sangat baik dan
menyayangi keluarga kita. Ibu, Meen percayakan Ibu." Aku menangis di bahu Ibu.

"Ibu, Meen kena bertolak esok. Banyak kerja di pejabat. Kalau ada panggilan daripada Abang katakan Meen kirim salam rindu padanya. Jangan lupa suruh Abang call Meen. Tak pernah dia call Meen. Agaknya dia dah lupakan Meen kan Ibu?"

III

"Meen........ Kau di mana ni Meen? Tak sampai-sampai
lagi ni. Besok dah nak kenduri. Apa kau nak malukan
ibu Meen?"

"Issh Ibu ni, Meen dalam perjalanan ni. Meen dah masuk
Johor Baharu ni. Nanti Meen sampailah".

"Haa.. bawak kereta tu hati-hati."

"Ibu.... Abang Borhan dah sampai?"

"Abang Borhan? Katanya dia tak dapat balik. Banyak
tugasan di sana. Dia ucapkan tahniah pada kau Meen.
Katanya, lepas ni bolehlah kau rasa nasi minyaknya pula." Suara Ibu semakin ceria.

"Sa... sam.. pai hati Abang Borhan Ibu. Sikitpun tak ingatkan Meen," suaraku semakin sebak. Air mata mengalir lesu. Ibu terdiam.

"Sabarlah Meen. Dia ingatkan kau, cuma dia tak dapat balik apa nak buat."

"Okeylah Ibu. Meen nak drive ni. Nanti tak sampai-sampai pulak."

IV

"Meen, cepat sediakan baju. Nanti mak andam datang kau
belum bersiap."

"Ye lah". Aku melangkah malas menuju ke almari pakaian
yang baru dibeli Ibu. Ku ambil baju-baju pengantin
yang bakal aku pakai. Aku terbayang wajah Ibu sebentar tadi. Ceria kulihat wajahnya. Maklumlah nak terima menantu
pertama, pilihan sendiri pula.

Aku pula, seolah-olah langsung tidak berperasaan terhadap perkahwinanku ini. Bakal suamiku pun tidak pernah menghubungiku. Perhubungan kami tawar. Aku langsung tidak mengenalinya. Yang aku tahu namanya sahaja. Tak lebih dari itu. Aku pula malas untuk berbasa-basi dengan ibu tentang bakal suamiku. Aku percaya pada pilihan ibu. Baik di mata Ibu, Baiklah pula di hatiku.Takkanlah Ibu nak hancurkan masa depanku. Tak mungkin.

"Hai Meen, Kau tak berbaju lagi? Aku dah sampai ni.
Patut kau dah sediakan baju-baju dan semua kelengkapan
yang lain. Mak Lijah tak pesan ke dengan Meen ni. Hai.... Anak dara zaman sekarang..." Mak Kiah mengeluh sendirian sambil mengeluarkan cucuk sanggul dari beg hitamnya. Mulalah mulut Mak Kiah, mak andam di kampungku terkumat-kamit berleter. Mak Kiah kalau berleter sampai ke malam pun bertahan lagi.

"Meen sini kau!"

"Hai Mak Kiah, hari ni Mak Kiah buatlah Apa saja pada Meen, Meen tak kisah," nadaku seolah-olah menyindir Mak Kiah.

"Haa... bagus macam tu," Mak Kiah tersenyum
menampakkan barisan giginya yang putih.

Truut... Truuut...

"Kejap ye Mak Kiah."

Mak Kiah mencebik sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hello!" Aku mengukir senyum. Inilah suara yang telah
lama aku nantikan. Lima tahun aku menunggu untuk
berbicara dengan suara ini. Abang... Abang Borhan. Air mata tidak mampu lagi kubendung. Biar kulepaskan manik-manik jernih itu sebagai tanda rinduku pada abang.

"Abang... sampai hati abang tak datang ke majlis
perkahwinan Meen! Abang masih marahkan Meen?"

"Apa? Abang ada poskan hadiah untuk Meen? Terima kasih."

"Terima kasih... Abang bila lagi?"

"Okey... Abang... Meen... Meen... rindukan abang. Meen
terlalu rindukan Abang. Kalaulah Abang di sini. Bahagia rasa hati Meen. Bye... sampaikan salam Meen kepada Kak Kartini."

"Siapa tu Meen?"

"Abang Borhan."

"Hai Meen takkan rindu kot?"

"Ish mak Kiah ni, itu Abang Borhanlah."

"Oo... Borhan anak angkat Ibu engkau tu? Hai, anak
nama Borhan, menantu pun Borhan."

"Kebetulan Mak Kiah." Hai Mak Kiah andai kau mengerti
perasaanku di kala ini. Andainya aku dapat kembali ke
zaman remajaku, pasti aku tidak akan teragak-agak untuk menerima Abang Borhan. Borhan.... sudah takdir Tuhan aku akan berkahwin dengan lelaki bernama Borhan. Borhan.... Tapi apa kan dayaku dia bukan Abang Borhan yang aku sayangi.

V

Bunyi kompang semakin riuh. Semeriah di pagi Syawal
yang menjelma ini. Aku beruntung kerana di pagi Syawal
yang hening ini aku akan disatukan dengan suamiku Borhan. Walaupun aku tidak pernah mengenali siapakah dia namun aku redha kerana pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik untukku.

Suasana persekitaran gamat sekali Aku di dalam bilik bersama sepupuku Julia. Menunggu saat dijemput ke
pelamin indah hiasan tangan Ibu. Seketika kemudian keriuhan suara itu semakin menghampiri bilikku. Suara-suara riuh semakin reda. ikan-ikan tubuh manusia yang makin hampir menambah gementar di dadaku. Aku tertunduk. Takut untuk melihat wajah suamiku.

"Assalamualaikum.. "

Aku kenal suara ini. Aku rindukan suara ini. Aku juga
cintakan pemilik suara ini. Tersilapkah aku? Suara ini
kini berada di London, tak sudi melihat aku bersanding di atas takhta dengan jejaka lain. Kuangkat wajahku. Ya.. Allah! Tuhanku, Apakah ini suatu mimpi? Apakah Ibu mempermainkan aku?

"Abang Borhan...." itulah jeritan kecil yang terpancul dari bibirku. Mahu sahaja aku memeluknya ketika itu.

"Waalaikumsalam."

Airmata membasahi pipiku yang bertapuk foundation.
Kusambut huluran salam Abang Borhan. "Abang...."
kucium tangannya.

"Selamat hari raya isteriku....."

Ku lihat Ibu tersenyum. Kini baru kufaham. Ada rancangan sulit antara Ibu dan Abang Borhan. Namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengannya. Alhamdulillah! Benarlah kata pepatah andai ada jodoh, tak lari gunung dikejar.

Posted at Monday, January 23, 2006 by felisha
Make a comment  

Kaulah Segalanya Untukku

Malam pekat menyusur sepi, sesepi hatiku ini. Masih ku ingat lagi kenangan manis bersama insan pertama yang ku cinta, Firhan. Dialah yang mengajarkan tentang erti cinta, rindu dan sayang dan dialah jua insan yang mengajarku tentang erti cemburu, resah, gelisah, sakit hati. Hanya dia dihatiku dan hanya dialah cintaku.

“Reen, apa yang dimenungkan tu sayang?”, Mustaqim menyapaku setelah melihatku termenung di muka jendela. Baru tiga bulan aku membina rumah tangga bersamanya, insan yang tidak pernah kucinta. Berdosakah aku menyintai insan lain selain suamiku. Haruskah aku berterus terang kepadanya. Oh Tuhan ampunilah hambamu ini.

Mustaqim... insan yang berhati mulia. Dialah penyelamatku di saat diriku terluka dilukai oleh insan yang bernama Firhan. Firhan telah memilih Mirza sebagai isterinya setelah Mirza memfitnahku ada hubungan dengan Zack yang sebenarnya adalah sepupuku.

“Tak adalah bang, Reen cuma melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Cantikkan bang suasana pada waktu malam. Langit dihiasi bintang dan bulan yang bersinar-sinar dalam kegelapan malam,” jawabku selamba agar dia tidak melihat raut wajahku dan mataku yang bergenang dengan air mata. Cepat-cepat ku seka air mataku lalu tersenyum berpaling ke arahnya.

“Sudahlah tu sayang, jangan ditenung sangat bintang yang tinggi tu. Lebih baik tenung abang yang hensem ni,” pujuk Mustaqim, seolah-olah mengerti apa yang tersirat dalam hatiku. Moga-moga dia tak tahu. Bisik hatiku. “Eh, esok awak akan dapat bos barukan, gantikan Encik Hazrif yang akan ke Kuala Lumpur. Awak kenal ke dengan bos baru awak tu?”, soal Mustaqim.





“Entahlah bang, saya dengar dia bekerja di KL tapi famili dia kat Johor, itu yang dia balik semula ke sini,” jawabku lemah. Aku pun tak pasti siapa yang akan menggantikan Encik Hazrif. Padaku semua bos sama dan aku bersedia berkhidmat kepada siapa sahaja maklumlah aku ni kat secretary.

“Selamat pagi semua”, sapa seorang lelaki. Semua mata tertumpu kepadanya lalu saling bisik-berbisik. Mataku terpana, dadaku berdegup kencang. Benarkah apa yang aku lihat? Adakah aku bermimpi? Oh Tuhan, adakah benar apa yang kulihat ini?.

Mazreena, inilah boss baru awak, anak rakan saya yang akan mengambil alih tempat saya, jelas Encik Hazrif kepada ku yang terkebil-kebil dari tadi. Akupun menenangkan semula diriku lantas menyambut huluran tangan lelaki itu. “ Apa khabar Mazreena?”, sapanya sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dulu pernah ku sentuh ketika bergurau senda. “Ha...kha...khabar baik”, jawabku dalam nada yang tersekat-sekat. “Kenapa Reen?”, tanya Encik Hazrif. “Mungkin dia sayangkan boss dia yang lama dan tak sudi berbosskan saya agaknya”, Firhan menjawap selamba dan membuatkan diriku serba tidak kena. “Tak apalah Masreena, saya masuk dalam bilik saya dahulu, kalau ada apa-apa, nanti saya akan panggil awak masuk”, Firhan seolah-olah tidak pernah mengenalku.
Apakah dia sudah tidak mahu mengingatiku lagi atau hanya berpura-pura tidak mengenaliku. Sudah berapa orangkah anaknya. Bagaimana wajah Mirza, wanita yang telah merampas cinta Firhan daripadaku. Hari ini ku rasa tidak berguna kerana Firhan tidak memberi sebarang arahan kepadaku. Benci benarkah dia kepadaku? bisik hatiku.

“Macam mana sayang dengan boss yang baru?”, Mustaqim bertanya kepadaku sewaktu kami makan malam di Restoran Sayang Selalu, sebuah restoran yang telah meninggalkan banyak kenangan kepadaku dan seandainya semua yang ada di restoran tersebut boleh berbicara, matilah aku, tentu suamiku akan mengetahui rahsia diriku.



“Alah.. Encik Firhan, anak saudara Encik Hazrif”, jawabku bersahaja. “Muda lagi ke orangnya, dia dah tahu ke awak ni sudah berpunya?”, Mustaqim berseloroh. “Apalah abang ni. Dia pun tak heranlah dengan isteri awak ni. Bukannya cantik sangat.”, jawabku. “Manalah tahu, siapa kata isteri abang ni tak cantik. Kalau tak, takkan abang nak kahwin dengan sayang”, tambah Mustaqim. Perbualan tentang kerja termati di situ. Saat begini begitu indah bagi Mustaqim, aku.... entahlah. Perasaanku ketika ini bercelaru. Setelah lapan tahun berpisah dengan Firhan, dia datang lagi. Bolehkan aku terus melupakan kenangan bersamanya? Sedangkan dia semakin hampir dengan kehidupanku. Oh Tuhan.. berilah aku kekuatan untuk menyintai suamiku sepenuh jiwa.

Sudah seminggu aku bekerja dengan Firhan. Dia masih tetap seperti dulu, tiada bezanya dan yang hanya berbeza adalah sifatnya yang seolah-olah tidak mengenali diriku sedangkan dulu akulah insan yang dibelainya.

Kring...kring... telefonku berbunyi dan suara Firhan di corong telefon meminta agar aku masuk ke biliknya. Seperti biasa aku akan berdebar-debar sementara dia hanya berwajah selamba dan hanya serius ketika memintaku melakukan tugas. Tetapi hari ini hatiku berdebar lebih kencang daripada biasa. Kenapa.... mengapa aku harus begini?

“Reen, tolong balas surat Dato’ Sulaiman ni ya! Jawab yang kita setuju dengan perjanjian untuk mengambil syarikatnya untuk melakukan construction cawangan kita di Johor Bahru”, tegas Firhan. “Baiklah, Encik Firhan”, jawabku ringkas sambil mengambil surat Dato’ Sulaiman daripada tangan Firhan. Tiba-tiba ku terasa hanya tanganku tertarik oleh tangannya dan surat Dato’ Sulaiman jatuh ke lantai. “Reen, tidak kah kau mengenali diriku Reen?”, tiba-tiba suara Firhan perlahan dan begitu romantis dan mendayu-dayu seperti zaman kami bercinta dahulu. Oh Tuhan, tolonglah hambaMu ini.

“Maaf, Firhan. Aku bukan Reen yang kau kenali dulu dan kau juga bukan Firhan yang aku kenali dulu.”, jawabku sambil debaran jantungku semakin kuat dan air mataku bergenang-genang di kelopak mata.

“Reen, aku tidak boleh terus membohongi diriku sendiri dengan berpura-pura tidak mengenali dirimu. Sebenarnya aku sengaja meminta agar aku ditempatkan di sini supaya kita boleh menjalinkan hubungan kita seperti dulu. Ternyata kehidupan aku dengan Mirza tidak bahagia. Mirza tidak boleh melahirkan zuriat dan dia ternyata bukan wanita yang boleh menjadi isteriku. Dia cemburu buta dan selalu melakukan sesuatu tanpa mendapat izin dariku. Dia terlalu sosial”, terang Firhan seolah-olah meminta simpati dariku.

“Cukuplah Fir. Tak usahlah kau mengimpikan suatu perkara yang tidak mungkin akan terjadi. Aku sudah dimiliki oleh Mustaqim, insan yang telah menyelamatkanku setelah dilukai oleh insan yang pertama aku sayangi. Aku harap kita bekerja sebagai boss dan setiausaha sahaja, tidak lebih dari itu,” jawabku ringkas dan terus keluar dari bilik Firhan. Segera ku seka air mataku agar tiada staf lain yang nampak aku menangis ketika keluar dari bilik Firhan.

Lima bulan telah berlalu. Firhan semakin hari semakin ingin mendekatiku. Aku cuba untuk mengelak daripadanya namun apakan daya, aku perlu menjalankan tanggungjawabku terhadap syarikat dan dia adalah majikanku.

Suatu pagi aku terasa badanku benar-benar letih dan tidak berdaya. Mustaqim mengejutku untuk solat Subuh bersamanya. Selalunya aku akan mengejutkannya tetapi pagi ini terasa tidak berdaya. Tekak ku berasa loya dan mual. Kepalaku pening, namun aku gagahkan juga untuk bangun dan masuk ke bilik air. Tiba-tiba badanku melayang dan aku terjatuh di pintu bilik air. Mustaqim menjadi panik. Dia terus mengangkatku dan membawa ke Klinik Sepakat yang berdekatan.






“Isteri kau tak ada apa-apa Qim, dia cuma alami tekanan darah rendah. Suruh dia banyak berehat dan tahniah Qim, engkau bakal menjadi seorang ayah”, kata Dr. Syarafana, teman sekolah Mustaqim. Oh, Tuhan! Aku kini bakal menjadi seorang ibu. Mustaqim mengucupi dahiku. Kulihat sinar kebahagiaan terpancar di wajahnya. Kini hidupku akan sempurna sebagai seorang wanita setelah bergelar ibu. Bagaiamanakah reaksi Firhan sekiranya dia tahu aku mengandung? Cemburukah dia?

Kandunganku kini masuk yang ke tiga bulan. Perutku sedang membuncit sedikit tetapi tidak begitu ketara memandangkan badanku yang kecil sehinggakan tiada seorang pun staf di pejabat aku mengetahui bahawa diriku sedang mengandung.

“Oh, engkaulah setiausaha yang disanjung-sanjungnya itu! Sebab itulah dia sudah berubah. Dia tidak lagi melayan aku sebagai isterinya. Rupa-rupanya kekasih, buah hatinya ada didepan mata dia”, terpa Mirza menuduhku macam-macam. Semu mata staf tertumpu kepadaku. Malunya aku.

“Maaf Puan Mirza, saya sudah mempunyai suami dan saya tidak pernah menggoda suami puan. Saya hanya bekerja sebagai setiausaha suami puan”, jawabku dengan nada yang perlahan dan malas melayan fiil Mirza yang suka mencari gaduh.

“Kau jangan nak tunjuk baik pula. Kau dan Firhan kekasih lama, takkan tidak ada perasaan lagi antara kau berdua. Aku tahu Firhan masih menyayangi diri kau lebih daripada aku. Kau sebenarnya memang mahu merampas Firhan kan? Kau ingin membalas dendam pada aku?” Mirza semakin keras bersuara dan menuduhku yang bukan-bukan.






“Aku bukan jenis perempuan seperti itu. Kau pun tahu siapa sebenarnya yang menjadi perampas. Aku pun sudah bahagia dengan suamiku. Aku harap kau akan menjaga suami engkau tu agar tidak melutut untuk menagih kasih aku semula. Faham!” jawabku tegas dan sengaja menyakitkan hatinya. Pedih benar aku dibuat sebegini. Cukuplah dia telah memfitnah aku dulu, aku tidak akan bahagi peluang untuk memfitnah aku sekali lagi.
“Kurang ajar! Nah, rasakan!” Mirza menampar pipiku. Terasa pedih dan panas pipiku. mula kecoh di mana rakan-rakan cuba membantuku.

“Apa yang kecoh-kecoh ni! Kenapa awak datang mengacau di pejabat saya?”, Firhan yang baru keluar dari bilik mesyuarat terus mendapatkan aku dan menolak Mirza ke tepi.
“Reen, are you ok?”, Firhan bertanya. Aku terus bangun tanpa bersuara dan berlari ke bilik air. Aku menangis sepuas-puasnya. Habislah terbongkar segala rahsia yang selama ini aku simpan. Mudah-mudahan perkara ini tidak sampai ke telinga suamiku.

Jam telah menunjukkan pukul 5.00 petang. Sudah masanya untuk aku pulang dan melupakan peristiwa pagi tadi yang benar-benar mengguris perasaanku. Aku akan berasa tenang dan bahagia bersama Mustaqim lebih-lebih lagi setelah aku berbadan dua. Kasih-sayangnya terhadap aku semakin kuat dan aku telah dapat menerima cinta dan kasihnya padaku, Aku kini benar-benar telah jatuh cinta dengan suamiku. Tentang Firhan…ah..biarlah dia dengan kehidupannya. Mungkin itulah balasan di atas ketidak percayaannya kepadaku suatu masa dulu. Hanya Tuhan yang mengetahui.

Seperti biasa aku akan dihantar dan diambil oleh Mustaqim pergi dan balik dari kerja tetapi hari ini Mustaqim ada meeting dengan clientnya, terpaksalah aku naik teksi untuk pulang ke rumah. Setelah keluar dari pejabat aku pun pergi ke perhentian teksi yang berdekatan dan tanpa di sangka-sangka ketika aku melintas ke seberang jalan sebuah kereta datang dan melanggarku tetapi sempat ku mengelak ke tepi dan aku terjatuh ke tepi jalan dan pandanganku terus berkabur. Apakah aku akan mati? Bagaimanakah dengan kandunganku ini?

“Reen…Reen…bangunlah sayang, abang ada di sini Reen”, aku terdengar suara yang halus di kuping telingaku. Aku begitu mengenali suara itu, Mustaqim. Aku cuba mengangkat kelopak mataku tetapi ianya terlalu berat dan kepalaku terasa sakit Aku cuba bangun tetapi tidak boleh….
“Abang… Reen di.. ma..na ni?, suaraku terketar-ketar dan amat sukar untuk aku keluarkan kata-kata. “Berehatlah sayang. Sayang berada di hospital sekarang ni dan sayang akan sihat tak lama lagi”, jelas Mustaqim sambil membaringkan aku semula dan mengucup dahiku.

“Bagimana dengan kandungan saya?” tanyaku. “Anak kita selamat sayang. Kandungan sayang kuat sekuat cinta abang kepada sayang. Abang sebenarnya tahu tentang pergaduhan Reen dan Mirza semalam. Abang juga tahu tentang cinta Firhan dan Reen dan juga Mirza yang memfitnah Reen”, kata-kata Mustaqim memeranjatkan ku. Bagaimana dia tahu semuanya? Siapakah yang memberitahu kepadanya.

“Maafkan Reen bang. Reen tidak jujur kepada abang. Reen tidak berterus terang kepada abang. Maafkan Reen sekali lagi bang”, kukucup tangan Mustaqim dan kekesalan teramat sangat kurasakan. Air mataku tidak dapat ku bendung lagi dan mengalir dipipiku dan jatuh ke tangannya.

“Reen, Mirza sebenarnya adalah sepupu abang dan abang tahu sikapnya yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Abang tahu Mirza telah cuba merampas Firhan dengan memfitnah Reen. Abang sebenarnya telah jatuh cinta dengan Reen walaupun ketika itu Reen sedang bercinta dengan Firhan dan ketika Firhan melukai Reen, saat itulah abang mendekati Reen dan tidak abang sangka doa abang dimakbulkan Tuhan dan abang telah dapat memiliki Reen”, terang Mustaqim lagi.

“Dan untuk pengetahuan sayang, sebenarnya Mirza telah cuba untuk melanggar Reen semalam tetapi nasib baik Reen sempat mengelak sedangkan Mirza telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan dia sekarang…..”, tiba-tiba Mustaqim kata-katanya terberhenti di situ.
“Kenapa bang? Kenapa dengan Mirza? Dia selamatkah?”, tanya ku bertubi-tubi. “Dia sekarang masih di wad kecemasan dan keadaannya sekarang stabil tetapi mungkin dia tidak boleh berjalan lagi kerana kakinya cedera teruk”, kata-kata Mustaqim benar-benar mengejutkanku. Mungkinkah ini balasan Tuhan kepadanya.

Setelah tiga hari aku di hospital, keadaanku semakin pulih dan aku ingin sekali berjumpa dengan Mirza untuk mengetahui keadaannya. Mustaqim datang menjengukku seperti biasa dan aku menyatakan hasratku untuk menemui Mirza dan dia tidak keberatan menghantarku untuk berjumpa Mirza.

Setibanya di katil Mirza, aku lihat Firhan sedang bercakap-cakap dengan Mirza dan kulihat Mirza menangis tanda penyesalan. Aku dan Mustaqim merapati katil Mirza. Firhan dan Mirza baru sedar kehadiran kami berdua. Aku merapati Mirza. “Reen, maafkan aku Reen. Aku benar-benar menyesal dengan perbuatanku dan sekarang aku telah menerima pembalasan di atas kesalahanku kepada kau Reen. Maafkanlah aku”, Mirza mengambil tanganku dan meletakkan ke pipinya yang dibasahi air mata.

“Mirza, aku sebenarnya tidak pernah berdendam dengan kau walaupun dulu kau telah menyakiti hati aku. Aku kini telah bahagia di samping suamiku yang amat baik dan antara aku dan Firhan adalah boss dan setiausahanya. Aku tidak mungkin akan curang kepada Mustaqim… insan yang amat aku sayangi. Aku telah memaafkan kau di atas segala yang kau lakukan kepada aku. Aku berdoa agar kau dan Firhan akan bahagia seperti kami berdua” Terangku kepada Mirza.

“Hati kau sungguh mulia Reen. Terima kasih Reen kerana memaafkan aku”, aku lihat tanda penuh kekesalan di wajah Mirza.
Aku pun minta diri untuk balik ke bilik ku semula. Dan setelah doktor memeriksaku, aku dibenarkan pulang pada hari esok. Terbayang rumahku yang telah lama aku tinggalkan dan saat-saat bahagia aku bersama Mustaqim dan tidak lama lagi bersama cahaya mata benih daripada kasih sayang antara aku dan dia. Semoga aku kan bahagia hingga ke syurga dan begitu juga Firhan dan Mirza. Sesungguhnya hanya Tuhan yang mengetahuinya.

Posted at Monday, January 23, 2006 by felisha
Make a comment  

Kerana Aku Menyayangimu...

TANGAN lembut putih kemerahan mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor yang sudah lama terpahat di minda. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.

Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. “Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise.” Panggilan yang ditamatkan serta-merta tanpa menanti biara mengundang kekecewaan untuk bertakhta di hati.

Hampir saja manik-manik jernih kecil itu merembes keluar membasahi pipinya yang chubby. Disekanya sebaik saja ia mula untuk berderai keluar. Nita masih lagi pegun di birai katil. Masih lagi static dalam keadaan duduk. Termenung dengan kepalanya yang buntu. Apa daya lagi yang harus dilakukan. Menantikan insan tersebut menghubunginya, entahkan bila zamannya.

Dia tahu jejaka yang setahun lebih tua darinya itu sedang sibuk pada masa ini. Hampir seminggu panggilan yang senantiasa bertamu pada waktu makan tengahari tidak menjalankan rutin. Bukannya dia manja untuk dihubungi setiap hari, cuma di mahukan insan itu berada pada ketika diperlukan, itu saja.


KELIBAT manusia yang menjutai Suria KLCC bagaikan satu opera yang sedang dipentaskan, bagaikan satu teater yang sedang ditontoni. Mata kecil itu beralih arah menatap wajah milik tangan yang sedang mengusap tangannya. Mungkin ada sesuatu yang sedang berlegar di kepalanya sehinggakan wajah itu tidak menyedari dia menjadi tamu mata kecil. Sehinggakan suasana persekitaran tidak diendahkan.

“Abang, kalau orang lain pinang ayang, camne?” Sepasang mata bundar dapat menangkap riak terkejut pada wajah milik mata kecil yang cuba disembunyikan. Mata kecil itu bertentang dengan mata bundar.

Faiz hanya tersenyum melihat Nita keresahan menanti jawapan. Sengaja dia membiarkan Nita bergelut dengan kebarangkalian jawapan. “Ayang berhak untuk menentukan kebahagiaan ayang. Terima atau tidak, keputusan tetap di tangan ayang, walau apa jalan yang abang lakukan. Apa jua keputusan ayang, abang terima dengan redha.”

Seraut wajah tidak berpuas hati terbentang di depan mata Faiz. Nita kecewa dengan jawapan yang diberikan tidak menepati spesifikasi. Secetek inikah kasih sayang Faiz. “Kalau ayang kahwin bukan dengan abang?”

“Abang akan doakan ayang bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat.” Senyuman masih lagi terukir di bibir Faiz walaupun matanya menangkap sirna kehampaan pada wajah Nita. “Setidak-tidaknya abang dah bebas dari seksa.”
“Seksa?” Nita terkedu apabila cuping telinga di sebalik tudung pink itu menangkap kata yang aneh di dalam frasa tersebut. Masakan selama ini aku menyeksanya. Adakah aku tidak membalas kasih sayang yang infiniti nilainya dari dia. Mungkin semua yang dilakukan belum mencukupi lagi. Atau mungkin penantian selama tiga tahun tidak lagi dihargai.

Senyuman di bibir masih lagi mekar tanpa menghiraukan wajah Nita sedang keliru “Ya la. Seksa menangung rindu. Biar orang tu ganti menanggung seksa tu nanti.” Spontan tangannya mencubit pipi chubby yang selalu menjadi sasaran.

“Sakitlah.” Tangan lembut Nita mengusap pipi yang kemerahan akibat dicubit. “Tak sayang pada ayang lagi la tu, sampai nak bagi ayang pada orang lain.”

Faiz tersengih, gembira melihat Nita tidak lagi bermuram. “Ok, tadi abang jawab main-main. Ni abang serius. Abang sayangkan ayang dan sayang ini tidak pudar selamanya. Abang mohon ayang supaya tolak semua pinangan selain abang.”

Bibir bergincu nipis itu mengukir senyuman manis. Bahagia rasanya mendengar kata-kata bagaikan janji itu. “Ayang dah tak perlu tanya pasal tu. Sampai bilapun jawapan tetap sama. Jangan terima pinangan orang lain.”


BUNYI ketukan dan pintu terkuak itu menghapuskan semua fantasi yang mengimbas kembali memori silam. Matanya mengekor gerak langkah Puan Zaini yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan. Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang dihadapi.

“Mama dah setuju untuk terima rombongan meminang tu.” Kata itu ditutur dengan berhati-hati. Bimbang puterinya yang keras kepala itu memberontak. “Ayah dan mama dah berbincang dan kami sepakat dengan keputusan itu. Tunggu kamu berikan jawapan lambat sangat.”

Terjegil mata Nita mendengar butir kata itu. “Mama...”

Mama menarik tangan kanan Nita dengan lembut lalu disarungkan cincin emas belah rotan pada jari manis. “Ni cincin bertanya, diorang yang bagi mak pun tak tahu masa merisik ada cincinnya. Mungkin adat negeri diorang kot.” Manik-manik kecil yang dibendung sebentar tadi menitis membasahi cincin belah rotan yang sedang ditatapnya. Nita memaut tubuh mama yang turut duduk di katil. Manik-manik yang sudahpun berjuraian kini menghujani bahu mama.

Dalam esakan itu terdengar bicara halus dari bibir Nita. “Mama... Faiz...”

“Dengar sayang, mama tak mahu lihat anak mama menjadi bahan ejekan dan fitnah orang. Mama tahu berat untuk kamu menerima keputusan kami. Tapi ini untuk masa depan kamu. Kami takkan salahkan kamu jika apa-apa yang buruk berlaku kemudian nanti.” Mama mengusap lembut belakang puteri yang berusia akhir dua puluhan itu.

Nita berusaha untuk meredakan tangisannya. Pilu di hatinya membuatkan tangisan itu tidak dapat di berhentikan secara tiba-tiba. “Ok mama, Nita terima keputusan itu. Tapi, bersyarat.” Suara serak menggetarkan gegendang telinga setelah tangisan reda. Mama memeluk tubuh puteri yang menjadi harapan keluarga itu. Pelukan amat erat tanda kasih sayang yang tak akan putus.


HALUAN langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik dan yang paling utama pada Nita, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama.

Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas di Pasir Gudang yang sesak setiap kali waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal lebih ekonomi berbanding memandu kereta. Dia tidak canggung walaupun dia di antara orang atasan yang perlu memberi arahan. Padanya lebih senang untuk berurusan dengan orang bawahan jika turut sama bermotosikal seperti mereka.

Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa dengan kasar. Terasa hilang sedikit letih pada ketika rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa corak dibuka satu persatu supaya kulit dadanya dapat menikmati kenyamanan udara yang keluar dari pendingin hawa. Nokia 6610 dikeluarkan dari saku seluar.

’25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Faiz. Bertambah huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer melebihi dua. Telefon bimbit itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan itu ditinggalkan sepi.

Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi. Atau hanphone berbunyi di atas sedang dia tengah sibuk di bawah. Gegaran telefon bimbit ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan yang dinantikan itu.

“Assalammualaikum.” Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga bagaikan irama asli yang mendamaikan.

“Waalaikumussalam.” Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar.

“Faiz, kita ada hal nak bincang dengan awak.” Kata gantinama yang cukup janggal untuk diterima oleh saraf pendengarannya.

Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. “Apa yang kita perlu bincangkan sayang?”

“Kita nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Kita tamatkan hubungan kita setakat ni.” Suara gugup itu agak gementar untuk menyatakan apa yang perlu diberitahu.

“What?” Terlongo mendengar kata-kata luar jangkaan. Akalnya cuba mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. “But why?”

“Cukuplah sekadar awak tahu kita tak layak untuk awak.”

“Ayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk ayang. Berikan abang masa untuk abang...”

“Stop it Faiz! Please don’t call me ayang anymore. I unable to be your ayang.” Getaran suara itu mematikan suara pujukan lembut. Unsur ketegasan yang sebati di dalam kata-kata itu membuatkan Faiz hilang akal untuk memujuk.

Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu bengis dan tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudahpun letih memikirkan masalah yang baru terbeban.


KEBAYA sutera yang membaluti tubuh kerdil Suzi diperkemaskan lagi. Suzi berpuas hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk majlis pertunangangan nanti. Dia cukup berhati mengawal emosi dan riak muka bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalah itu masalahnya tidak perlu diwar-warkan kepada orang lain.

Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana teman istimewa belum dapat melamarnya lagi. Kadangkala dia berasa beruntung kerana dilamar oleh orang lain. Kira famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku.

“Oh anak dara tak laku.” Sentuhan keras dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung terkeluar apa yang difikirkannya. “Kau ni, terperanjat aku la. Nak apa?”

“Sape anak dara tak laku? Kau ke?” Suzi mengekek kecil melihat Nita yang sedang mengusap bahu.

“Wei, tolong sikit ya. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak dara tak laku.” Berkelip-kelip mata di sebalik cermin. Suzi memperbetulkan sermin matanya yang melorot jatuh.

“Wah, Tahniah. Faiz tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tiga tahun lagi dia nak bernikah dengan kau.”

Muka yang indah dihiasi dengan senyuman berubah. Nita tunduk kemuraman. Suzi terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Faiz. Senyuman di bibir Suzi turut surut. “Nita, sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok, dari hari ni aku takkan call Faiz lagi.”

Nita menggeleng. Sesuatu yang cuba dirahsiakan kini terluah juga. Gatal mulut nak bangkang, terima padahnya. “Nope, kau tak salah. Aku bertunang dengan orang lain.”

“Hah, kenapa?”

“Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut. Maruah keluarga, harus dijaga.”

“Habis Faiz macamana? Dia dah tau ke?”

“Kitorang dah break-off.” Kata-kata tenang itu mewujudkan rasa kagum di hati Suzi. Sebegitu tenang Nita menangani masalahnya. Kagum melihat Nita berjaya melakonkan watak selamba pada awal pertemuan tadi. “Suzi, tolong aku.”

“Yes. What ever you want, just give an order.”

“Tolong rahsiakan dari Faiz.”


KETULAN batu yang diambil di pinggir kaki dicampakkan ke tasik. Matanya meliar melihat persekitaran tasik. Sesekali matanya tertancap pada kincir angin yang terletak di atas bumbung Muzium Layang-layang. Sekali lagi batu dikutip dan dicampakkan ke tasik. Hadirnya di situ tanpa tujuan lain hanya untuk menenangkan fikiran.

“Hai tak puas lagi nak cipta tension island tu ke?” Suara garau menghentikan lakunya. Dipusingkan kepala untuk melihat insan yang bersuara dari belakang. Memang insan itu dikenali dan rapat dengannya. Dia akan berasa tenang dan bahagia berada di samping lelaki itu.

“Kau ni, nak tegur biar berdepan. Nasib baik aku tak terperanjat, kalau tak mau aku terjun tasik tadi.” Mendongak kepala menatap wajah pemuda yang berdiri di sebelahnya.

Faiz mencangkung bersebelahan dengan Linda. Menatap muka bersih Linda membuatkannya teringat kepada Nita. “Angah, aku ada cerita sedih, nak dengar.” Memang mereka sudah lama berkawan, gelaran itu sudah sebati dalam perbualan mereka.

“Cerita pasal kau ke orang lain?” Faiz langsung tidak marah walaupun dia layak untuk dipanggil abang. Baginya panggilan itu hanya menjarakkan hubungan mereka lantaran umur yang agak jauh berbeza.

“Pasal aku la. Dengar tau.” Matanya meninjau tempat yang selesa untuk melabuhkan punggung. Penat bertinggung ni, mau tercabut kepala lutut. Faiz mula menceritakan segala yang terpikul dibahunya pada Linda. Dia mahu ada seseorang mendengar rintihannya dan yang akan membantu mencari penyelesaian.

Linda yang tekun mendengar kisah tersebut turut bersimpati dengan Faiz. Mujur dia adalah pendengar yang baik yang akan menilai dan membantu setiap yang menceritakan masalah padanya. Faiz banyak membantu ketika dia mula membina semangat dulu. Pada ketika dia hampir saja mengorbankan nyawa sendiri Faiz datang memberikan semangat.

Baginya Faiz adalah seorang abang yang hebat. Dia tahu Faiz tabah dan boleh menerima perpisahan itu. Dia tahu Faiz hanya mahukan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Nita. Dia mengagumi Faiz kerana kesetiaan seorang lelaki kepada kekasihnya. Walaupun berjauhan, Faiz tetap merindui Nita.

“Aku rasa, mungkin sebab dia kena kahwin paksa.” Terpacul jawapan yang tidak diduga itu setelah lama mereka tidak bersuara.

“Hish, aku kenal mak dia macamana. Aku dengan mak dia gini hah.” Faiz mengaitkan jari telunjuk menandakan dia rapat benar dengan Puan Zaini.

“Jadi kau nak tau la jawapan sebenarnya?”

“Yup.”

“Kita tunggu selepas ini.”

“Hotak kau, aku serius kau memain yer.” Segumpal tangan sasa itu mengenai bahu Linda, hampir terjatuh dibuatnya.

“Wei apa ni, betul la, aku serius jugak la. Mana aku tau jawapan sebenar, kau kena la jumpa dia pastu tanya dia.”

“Jumpa dia?” Linda mengangguk.

“Tanya dia?” Linda mengangguk lagi.

“Dia kat KL, aku kena pegi KL la?” Sekali lagi soalan itu dijawab dengan anggukan.


DERETAN pengunjung panggung wayang yang sedang beratur untuk membeli tiket itu sungguh panjang. Filem panas baru keluar, mana tak orang berebut nak tengok. Nak nak kaki wayang memang balun punya. Poster yang tercetak muka Afdlin, Awie, AC dan Hans tergantung megah di sekitar panggung. Hari pertama Baik Punya Cilok ditayangkan dah begini ramai. Agak-agak berapa diorang dapat nanti ya.

Titisan manik air di sekeliling gelas yang berisi minuman ringan melorot jatuh membasahi meja. Minuman sudah hampir separuh, insan yang dinanti masih lagi belum menampakkan bayang. Mata melilau kiri dan kanan mencari susuk tubuh yang amat dirindui. Sesekali dia menjeling ke arah Linda yang duduk berhampiran dengannya.

Jongketan kening dari Linda yang seolah-olah bertanya itu dibalas dengan mengangkat bahu. Dia memberikan isyarat untuk beredar, Linda mengangguk tanda akur. Satu sentuhan lembut mengusap bahunya ketika dia mula mengorak langkah.

“Assalammualaikum.” Mata bundar yang dirinduinya kini sedang menatap tenang wajahnya.

“Waalaikumussalam.” Faiz duduk kembali di tempatnya setelah Nita duduk berhadapan dengannya. “Nita nak makan apa?”

Nita menggeleng kepala. “Takpe, kita dah makan sebelum keluar tadi.”

Senyuman mula mekar di bibir Faiz. Rindu yang selama ini terpendam di dada hampir terubat. “Kita datang bukan nak tengok awak senyum. Ada apa awak suruh kita datang ni?”

Mata kecil itu merenung gadis yang mengenakan blaus berwarna pink dipadankan dengan tudung yang sedikit cair bersama seluar hitam. Satu keanehan dapat dirasakan pada kelakuan yang ditontoninya. Cara layanan yang agak kasar membuatkan hatinya sedikit terguris. Namun dibiarkan semua itu dan masih lagi mengukir senyuman.

“Awak, kita tak boleh lama ni, kita datang dengan mak kita nun.” Faiz turut berpaling ke arah hala kepala Nita berpaling. Dikejauhan, berhampiran dengan pintu masuk Mc Donalds berdiri satu tubuh. Puan Zaini kelihatan bersahaja dan melambai ke arah Faiz yang sedang menatap tubuhnya.

“Nita, kita cuma nak tahu mengapa awak nak putuskan hubungan ni.”

“Bukankah kita dah berikan jawapannya? Kita tak sepadan. Kita tak layak untuk awak dan awak tak layak untuk kita. Itu saja.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di hati Faiz. Terkedu melihat Nita tega berlalu pergi untuk mendapatkan mama yang sudah lama menanti.

Langkah laju Nita bersama Puan Zaini diekor dengan mata dari jauh. Dia mengharapkan Nita berpaling ke arahnya seperti selalu supaya dia dapat mengejar kembali. Harapan tinggal hampa, Nita terus melangkah tanpa berpaling. Tegas sungguh pendirian kali ini. Takpelah dah tak suka, kena cari ganti gamaknya.

Entah bila Linda mendapatkannya, sedar-sedar lengannya ditarik lembut. Dia hanya menuruti dengan hati yang sarat dengan kelukaan. Hati yang luka itu akhirnya pulih sedikit apabila teringat kata-kata Rosyam Noor ketika melakonkan watak TJ dalam cerita Palyboy Pencen, ‘if you love somebody, set them free’. Biarkan dia bebas. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Mungkin bukan jodoh, tapi kenapa namanya masih bersinar di dalam hati ini. Sedangkan doa yang diamalkan meminta nama itu dipadamkan jika bukan jodoh yang terbaik. Mungkin perpisahan ini hanya seketika. Kalau seketika ada chance lagi la. Cuma kena cari ayat elok-elok untuk memujuk.


DERINGAN telefon yang membingitkan terhenti apabila Aiman yang berumur dua tahun lebih mengangkat gagangnya. Aiman berbicara beberapa ketika dengan pemanggil. “Mak lang tepon. Orang laki nak akap.” Gagang dihulur kepada Nana.

“Hello.”

“Nana. Aku ni. Kau sihat?”

“Oh, Abang Faiz. Sihat. Abang Faiz camne?”

“Demam, sakit, semualah.”

Timbul rasa aneh di hati Nana. Suara macam tak sakit, mesti ada apa-apa. “Kenapa?”

“Ala pasal akak kau la. Dia mintak putus. Aku tak puas hati. Kau tau tak sebab apa?”

Serba salah dibuatnya. “Dia dah nak kahwin.” Nana teragak-agak untuk menjawab. Dia terpaksa menjawab supaya Faiz faham dan berhenti memujuk kakaknya.

Kemungkinan jawapan yang selalu bermain di kepala akhirnya bergetar jua di gegendang telinga. Jawapan yang cuba untuk ditidakkan. Jawapan yang cukup perit untuk diterima. Dah nak kahwin. Tidak. Semoga kau berbahagia Nita.


KURANG 24 jam lagi dia akan bertunang. Hatinya resah memikirkan kekasih yang masih lagi disayangi. Dia terpaksa menipu supaya insan menjarakkan hubungan kasih antara mereka. Dicuba berkali-kali untuk melelapkan mata. Resah di hati menggagalkan setiap percubaan.

Dia mengalah, dia tahu dia perlu berterus terang. Dicapai telefon bimbit di atas meja solek lalu mendail nombor yang sudahpun dipadam di dalam phonebook. Tidak lama panggilannya dijawab. “Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi?” Suara tenang yang kedengaran seolah tidak mahu diganggu. “Tak cukup lagi awak nak lukakan hati saya?”

“Kita cuma tanya satu soalan saja.” Diatasi kegugupan supaya kekuatan hadir dalam diri bagi mengatasi ketakutan yang akan mengundang kekalutan. “Awak masih sayangkan kita lagi?”

“Maaf Cik Nita, saya rasa awak salah orang. Saya tak pernah nak menyayangi awak. Selama ini saya cuma main-main aje dengan awak.” Hampir meraung Nita mendengar jawapan yang diluahkan. Ditabahkan hatinya agar dia tenang menghadapi dugaan itu. “Oh ya, tahniah, awak jaga la tunang awak baik-baik. Jangan kacau saya lagi, nanti tunang awak marah.”

“Faiz, I still loving you and I’ll love you till the end of time.”

Tutur kata yang jujur itu membuatkan Faiz terharu, namun ia tidak berguna Nita akan bertunang pada hari esok. “Ha elok la, cintakan saya, sayangkan saya, kahwin dengan orang lain. Dah la, saya bukan lagi insan yang menyayangi awak. Awak perlu tumpahkan segala rasa sayang awak pada suami awak kelak. Jangan awak hirau pasal saya lagi. Ok?”

Air mata berderai, itulah satu-satunya jalan untuknya melepaskan tekanan emosi. Tidak terfikir bagaimanakah untuk tidak menghiraukan insan yang disayangi, bagamanakah untuk tidak ambil peduli pada insan yang dikasihi. Perlahan hatinya dipujuk, butir bicara Faiz ada benarnya, tidak patut dia meluahkan rasa cinta pada bukan tunangnya.


SUDAH seminggu cincin emas bermata berlian itu tersarung di jari manisnya. Selama itulah dia masih lagi tidak bertemu dengan tunangnya dan cuma ada tempoh seminggu untuk dia bergelar isteri. Kadang-kadang dia berasa takut, seolah dia belum bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Tersenyum sendiri bila menggambarkan kehidupan bahagia yang akan ditempuhi bersama suami.

Memang dia mengimpikan kebahagian bersama suami dan anak-anak. Dalam sudut hati ada juga tertanya, bagaimana rupa bakal suaminya. Teringat kembali pada syarat yang dikenakan pada mama. Untuk kebaikannya juga, dia takut berubah hati bila mengetahui siapa tunangnya.

Kalut juga semasa menanti majlis pertunangan. Masakan tidak tempoh 3 hari yang diberikan tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Keprihatinan pihak lelaki cukup membuatkannya terharu, segala barang hantaran yang sudah siap dihantar pada pagi majlis. Dia turut diberikan sepersalinan lengkap bersama jurusolek.


KEPALANYA seakan ditimpa segunung batu, begitu berat untuk diangkat. Dia tunduk semasa pintu dikuak oleh wakil perempuan dari pihak lelaki. Satu tangan yang menyamankan menyentuh dagu lalu mengangkat kepalanya beralih dari posisi tunduk. Senyuman manis Puan Rahama disambut dengan senyuman bagi mengindahkan wajahnya.

Puan Rahama mencapai jari manis gadis yang sedang mengenakan baju kurung pesak berwarna cream. Cincin berlian bermata satu diambil dari kotak baldu lalu disarungkan pada jari tersebut. Tangannya yang dihulur disambut lembut oleh bakal menantunya dan menerima kucupan.

Dingin terasa dahi dan kedua pipi Nita akibat dikucup oleh bakal mertua. “Nita, tahniah. Semoga Nita serasi dan bahagia bersama anak mak.”


DIRABA dahinya kedingian masih lagi terasa. Dia berasa serasi dengan bakal mertua yang prihatin itu. Dalam kegembiraan yang dirasai hatinya turut berasa sedih. Dia harus memadamkan rasa cintanya terhadap Faiz. Dia tidak boleh berbohong pada hatinya. Andai dapat menjerit, dia akan menjerit ‘Faiz, Nita sayangkan Faiz.’

Dia tidak berdaya untuk merubah kata hitam ayahnya. Sekali-kali dia cuba untuk tidak derhaka kepada kedua orang tuanya. Jika dia menolak, pasti akan memalukan keluarganya. Pasti mama dan ayah tidak suka pada anak yang memalukan keluarga.

Akan dipastikan harapan mama dan ayah dipenuhi. Harapan melihat puteri sulung keluarga itu bahagia bersama suami dan anak-anak akan dilaksanakan. Hanya tinggal seminggu saja lagi. Ya, semnggu saja lagi, selamat tinggal Faiz.


KERIUHAN suara orang bertandang sudah menjadi rempah yang mehingarkan majlis perkahwinan. Nita duduk berteleku di birai katil bersama Suzi yang setia menamani dan mendamaikan gelora hatinya. Sesekala air mata yang mahu menampakkan rupa dilap dengan tisu yang sentiasa berada di tangannya. Suzi cuba memujuk Nita supaya menghiaskan wajah dengan senyuman.

Di celah keriuhan itu terdengar suara yang menyatakan pengantin lelaki sudah tiba. Nita sebolehnya cuba untul memaniskan rupa. Rasa rindu terhadap Faiz menggagalkan setiap percubaan yang dibuat. Dia menarik nafas sedalam mungkin. “Selamat tinggal Faiz, akan ku kenang dirimu selamanya.” Tutur yang dibicarakan dalam keadaan berbisik.

Jurunikah beredar dari bilik setelah mendapatkan tandatangan dari pengantin perempuan. Kini upacara akad nikah akan dilangsungkan. “Mohd Faizudin bin Muhammad.” Tersentak Nita mendengar nama yang disebut oleh jurunikah.

“Saya.” Suzi yang berada berhampiran dengan Nita turut terkejut bila mendengar suara yang dikenalinya.

“Aku nikahkan akan dikau, Zahnita bt Zainuddin dengan maskahwinnya 80 ringgit tunai.”

“Aku terima nikah, Zahnita bt Zainuddin dengan maskahwinnya 80 ringgit tunai.”

Disentuh lembut tangan isteri yang sedang tunduk. Tangan yang dihulur disambut oleh kelembutan tangan wanita yang sah menjadi miliknya. Lalu tangan itu dikucup tanda hormat dan patuh. “Surprise!”

Luahan kata dari suara milik insan yang sememangnya didambakan menjadi suami itu merungkaikan segala kekusutan yang wujud pada waktu dia terkejut tadi. Nita bangun dengan tiba-tiba dan memeluk erat suaminya. “Abang jahat tau buat ayang camni.”

Faiz terperanjat dengan tingkah-laku isterinya. Lalu cuba diungkaikan pelukan erat itu kerana perasaan malu mula menyelubungi. Malu kerana ditonton oleh semua yang hadir. “Abang cuma nak tengok rupa orang yang kena kahwin paksa. Dah la, nanti kita sambung, malula orang tengok.”


BERTERABUR tawa mereka menonton rakaman majlis perkahwinan mereka. Nita berasa bahagia di samping suami yang peyayang dan amat memahami. Dia selesa bersandar di dada suaminya yang sasa. Kehangatan dakapan suaminya membuatkan dia berasa dirinya dilindungi.

“Best juga tengok rupa orang kena kahwin paksa ya. Tak tahan tengok ayang menangis sambil pegang tisu. Sayang juga ayang pada abang yer.”

“Jahat tau, tak aci la semua pakat dengan abang nak kenakan ayang.” Nita menjeling wajah selamba Faiz.

“Sebenarnya kan, abang pun tak tau yang mak datang pinang ayang. Mak rahsiakan aje. Sampai seminggu sebelum nikah baru mak bagi tau.” Senyuman yang terukir menceriakan lagi wajah Faiz. “Kira abang pun dah kena tipu ngan mak, mama dan ayah.”

Nita menyertai tawa Faiz. “Masa abang bagitau ayang yang abang tak sayangkan ayang tu macam nak gugur jantung tau.Sekarang ni sayang ke tak?”

“Sayangla. Tambah-tambah dah ade ni.” Faiz mengusap lembut perut isterinya yang memboyot. Senyuman bahagia terukir di bibir kedua mereka. Nita turut membelai perut yang semakin membesar. Jauh di sudut hati dia bersyukur, berkat bersabar dan patuh pada ibu bapa kini dia bahagia bersama insan yang memang dinantikan untuk mendirikan keluarga bahagia bersama.


Posted at Monday, January 23, 2006 by felisha
Make a comment  

Next Page